Like us for get Notifications

Fizo Omar menafikan isterinya sedang Hamil


Fizo Omar menafikan isterinya, Mawar Abdul Karim sedang hamil – Pelakon Fizo Omar menafikan isterinya, Mawar Abdul Karim sedang hamil berikutan ramai pihak yang salah faham dengan kapsyen gambar yang dikongsikannya baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, Fizo mengatakan “kapysen itu disalah faham. Saya tak ada niat apa-apa. Maksud saya future mother itu bukanlah sekarang tapi pada masa hadapan bila rezeki itu tiba”.



“Kalau betul Mawar mengandung, saya akan buat declaration terang-terangan dan bukannya melalui hint. Apapun saya anggap segala komen daripada pemint itu sebagai doa,” katanya memetik Ohbulan.

Fizo sebelum itu berkongsi gambar dirinya bersama Mawar dan ibu Fizo dengan keterangan gambar berbunyi, “mothers day celebration with my lovely mum and future mother madam rose”.

Untuk makluman anda, pasangan sama cantik sama padan ini telah diijab kabulkan pada 10 November tahun lalu di kediaman Mawar yang terletak di Country Heights Kajang. – MNH
Fizo Omar menafikan isterinya sedang Hamil Fizo Omar menafikan isterinya sedang Hamil Reviewed by Mad Pikghie on 6:02 PM Rating: 5
Powered by Blogger.