IBU REMAJA OKU NAFI ANAKNYA DIKURUNG DAN DIABAIKAN
IBU REMAJA OKU NAFI ANAKNYA DIKURUNG DAN DIABAIKAN | Hasil siasatan awal mendapati remaja lelaki berusia 15 tahun yang ditemui dikurung dengan keadaan fizikal kurus kering di Flat Semarak, Nilai, awal pagi tadi adalah akibat kekurangan zat makanan dan hanya mampu merangkak.Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Karim, berkata
IKLAN Bolehkah anda meramalkan pemain terbaik setiap perlawanan? [ KLIK UNTUK SELANJUTNYA ]
ibu remaja lelaki OKU jenis ‘celebral palsy’ itu berasal dari Sabah dan sudah berpisah dengan suaminya. “Merujuk laporan akhbar berkaitan pengabaian seorang remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) yang hari ini, saya terkejut dan sedih dengan apa yang berlaku.
“Saya telah mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melakukan siasatan lanjut dijalankan.Oleh itu Pegawai Pelindung Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan telah turun ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di mana tempat remaja tersebut diserahkan,” katanya dalam satu kenyataan petang ini.
Rohani berkata, siasatan juga mendapati ibu bapa remaja tersebut telah bercerai dan ibu yang menjaganya telah putus hubungan dengan bekas suami. Ibu tersebut menafikan yang anaknya dikurung dan diabaikan.
“Siasatan terperinci sedang dijalankan dan sekiranya didapati pengabaian terhadap anak serta OKU ini berlaku,
“JKM akan menempatkan remaja itu di pusat perlindungan kendalian JKM. JKM juga turut memberikan perhatian serius terhadap kebajikan remaja itu,” katanya.
IBU REMAJA OKU NAFI ANAKNYA DIKURUNG DAN DIABAIKAN
Reviewed by Tular Lagi
on
10:18 PM
Rating:
Kemungkinan kerana miskin dan sbgai ibu tunggal kena keluar cari nafkah dan anak terpaksa ditinggalkan tanpa jagaan. Klau tak penemuan tanpa dicari kerajaan tak tau ada kesusahan rakyat yg sepatutnya dibantu. Mana kata bini PM yg bukan main gah menubuhkan Permata sampai terkenal seantero dunia, anak2 rakyat miskin yg sgt2 memerlukan bantuan terbiar. Ibu2 tunggal yg daif langsung tidak dihiraukan oleh jabatan2 yg menyimpan dana org mislin berbilion2 spt baitulmal bagai. Mana duit2 tu semua langsung tak tersalur pada org2 yg berhak.
ReplyDelete