ISTERI DIPUKUL BAHANA PAKAI JUBBAH KETAT, SENDAT, DAN MELEKAT !
Kejadian beraku di rumah pasangan itu di Setapak di sini kira-kira jam 8.30 malam kelmarin,ketika kedua-duanya bersiap untuk makan malam.
Menurut sumber sebelum kejadia si suami mengajak isterinya makan diluar ,namun apabila si wanita itu mengenakan sehalai jubbah,lelaki terbabit meminta menukar kepada pakaian lain.
‘Lelaki itu berpendapat jubbah yang dipakai isterinya ketat dengan kain melekat pada tubuh.Jadi ia tidak menutup aurat dan tidak menepati syariat Islam.
‘’Bagaimanapun si isteri enggan menukar pakaian itu kerana berpendapat jubbah yang dipakainya basa sahaja dan sudah menutup aurat,katanya ketika dhubungi semalam.
Sumber itu berkata bermula hanya dengan perang mulut si suami akhirnya gagal mengawal kemarahan lalu menumbuk muka isterinya beberapa kali.
‘’Tidak cukup dengan itu dia turut memukul badan mangsa dengan penyangkut baju hingga wanita itu cedera di mulut dan lebam dibadan .
Mangsa yang cedera mendapat rawatan diklinik berhampiran sebelum membuat laporan polis mengenai kejadian itu di Balai Polis Setapak.
ISTERI DIPUKUL BAHANA PAKAI JUBBAH KETAT, SENDAT, DAN MELEKAT !
Reviewed by Tular Lagi
on
6:44 PM
Rating:
No comments: