Like us for get Notifications

kenapa saya bagi anak nikah usia muda dan ramai pula guna gambar menantu saya



Ni gambar menantu dia yang ramai pakai buat profile pic di facebook..kat cg pun ada orang pakai https://m.facebook.com/story.php?sto...00004005140147

Allahu - Menjawab pertanyaan orang ramai khususnya Awami & karkun yang bertanya Kenapa aku kahwin kan anak aku dalam Usia Muda & kenapa aku dapat cucu terlalu awal 
Mana mana mereka yang belum kawin khususnya Karkun, harap korang dapat baca dan fikirkan, ok 

Allhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Azawajallah kerana aku telah dikurniakan Cucu di awal usia 40an hasil daripada perkahwinan anak sulong aku yang aku kahwin kan di usia muda.

Memang ramai yang bertanya khususnya orang awam maupun mereka yang buat usaha agama kenapa aku kahwinkan anak aku pada usia 19 tahun, aku dapat bayangkan apa yang terselit dihati mereka yang bertanya khusus nya mereka yang bernada agak "melampau", well bro, aku tak kisah lah apa orang nak cakap, dah adat dunia, pada peringkat awal semasa merancang perkahwinan anak aku tu pun ada juga tentangan dari kalangan keluarga khususnya kakak kakak aku, aku buat pekak badak jer, aku cuma cakap kat diri aku dan isteri aku "takpa lah, mereka tak paham" kata kata yang selalu aku telan semasa aku kawin kan anak aku ni "apa laa kawin kan anak umur 19 tahun, budak tuu masih belajar lagi, kau ingat ni zaman Jepun ker kawin kan anak umur macam tu"

Anak lelaki aku belajar di salah sebuah Pusat Pengajian Tinggi di Kuala Lumpur, selepas tamat Diploma aku sekeluarga buat musyuarat dan salah satu takaza family ialah keluarkan anak aku selama 40 hari, aku happy bila anak aku terus bagi nama untuk keluar bila aku bawak dia ke Markas, selepas Tafakut dengan syura lusanya aku kemas kemas barang dan kumpulkan keluarga lalu buat Bayan, diruang tamu rumah, semua keluarga berkumpul termasuk mak aku, anak anak saudara, kakak ipar & ramai lagi, sempat laa tengok dia orang menanggis meleleh air hidung masa Doa sebelum keluar rumah..!!! Hehehe

Dah jauh melencong ni, yang nak diceritakan kenapa aku kawin kan anak aku..!!! ok, baik lah dipendek kan cerita anak lelaki aku keluar kat Pulau Pinang, sempat lah aku ziarah dia di Markas Penang masa tu.

Balik dari 40 hari anak aku sambungkan Pengajian dia untuk dapatkan Degree, beberapa minggu dia berada di University satu hari dia call aku dan cakap "Assalamualaikum Yah, pekabar Yah, ibu sihat tak, Jafry dah pandai aper..Yah tak naik KL ker" aku jawab "Allahamdulillah semua sihat, ibu sihat, Jafry dah kuat melalak" anak aku sambung lagi "Yah dok KL ni mencabar laa, dulu tak rasa pun, tapi lepas dah keluar 40 hari ni abang rasa cam tak selamat jer la..ujian makwe makwe ni banyak" aku cakap "abang kawin jer la" lantas dia ketawa besor..!!! bertuah punya anak...!!!

Dipendek kan cerita, dia balik rumah dan kami berbincang lalu dia setuju untuk kahwin, budak perempuan nya aku dah memang kenal bapak dia, karkun jugak, Lecturer Politek & mak nya pun Lecturer gak , selalu datang kerumah Mak aku kat kampung, rumah mak aku kat kampung ni memang jadi favourite budak budak sekolah lepak, al maklum lah anak sedara lelaki dan pompuan aku dekat 30 orang, kawan kawan dia orang lah yang selalu datang untuk buat Groupstudy, buat home work dan lepak lepak, dan Mak aku pulak suka budak budak, dilayan nya budak budak tuu dengan Sirap Bandung dan Goreng Pisang petang petang makin bertambah ramai la.

Setelah aku bincang ngan Mak aku, mak aku pun bersetuju dan Mak aku kata "ko kena bagitau laa Abang long ko, Mak long, Kak Ngah, Achik & Chesu, klau ko tak bagitau apa plak kata dia orang" ni yang aku malas, aku dah memang boleh agak apa kakak kakak aku akan cakap bila aku bagitau aku nak kawin kan anak sulong aku yang berusia 19 tahun yang sedang belajar di Universiti...Jawapan nya seperti yang aku cerita kat mula mula kat atas tadi, lagi dia tambah "ko ni pasal Tabligh kuat sangat laa ko jadi cam ni nih" aduuuuuuus, bisa bisa...!!! malas aku nak layan kakak kakak aku ni...!!!

Well, aku memang orang Dakwah dan aku memang orang Tabligh dan memang aku nak jadi kuat dalam Tabligh, so aku tak jawab apa yang Kak long, Kak Ngah, Achik & Chesu aku dok bising bising kat mak aku, dan aku dapat senyum lebar bila mak aku buat isyarat supaya aku diam bila kakak kakak aku bising, Hehehehee stedy maaaak...!!! I lap you lah..!!! Hahahaa

Sampai masa dan tarikh aku langsung kan perkahwinan anak aku, sorang pun kakak kakak aku tak balik dan tak datang masa majlis Pernikahan anak aku, dalam hati kecik aku...sampai hati korang, aku bukan apa aku takut anak aku terasa hati dengan makcik makcik dia Alhamdulillah semua selamat.

So Bhai, sekarang aku dah ada cucu diusia yang muda (masih muda lagi per) dan anak aku dah ada anak di usia yang masih muda dan mereka berdua masih melanjutkan pelajaran untuk mendapat kan Ijazah dalam jurusan masing masing, malahan mereka dah pandai berdikari dan punyai Perniagaan sendiri (yang aku dok selalu iklan tu)

Alhamdulillah aku bagi laa jawapan kat korang :

1. Aku orang Tabligh dan aku tak mahu keluarga aku terpalit dengan Dosa dan Maksiat, mentelah dunia hari ini yang penuh cabaran dan ujian yang sangat tinggi melangit, silap haribulan Atok yang takder gigi pun boleh tersungkur dengan budak budak Kolej perempuan, aku sentiasa mohon dan Doa dengan Allah supaya aku & keluarga dijauhkan dari segala Maksiat.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا 
وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ 
شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.
(At-Tahriim 66:6)

2. Aku juga melihat akan perkembangan dan memerhatikan anak lelaki aku, yang mana walaupun dia masih berusia 19 tahun tetapi akal, pemikiran dan cara serta gayanya dah agak matang dan dia selalu merasa bertangung jawab atas apa yang dibuat, maklum lah anak sulong dia juga ambil berat pasal adik beradik.
Jadi untuk membentuk rasa tangungjawab secara lebih berkesan aku kahwinkan dia

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا 
لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي 
ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikan itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui.
(QS: Ar-Ruum Ayat: 22)

3. Aku juga mahu dia berdikari diusia muda supaya dia tidak mengharap kan sesiapa untuk hidup, tidak mengharapkan mak bapak, saudara mara dan kawan, yang aku mahu supaya dia Harap dengan Allah dan Minta hanya pada Allah.

لَآ اِلٰهَ اِلَّا اللّٰهُ مُحَمَّدٌ رَّسُوْلُ اللّٰهِؕ

4. Aku juga mengkehendaki dia mengamalkan keseluruhan agama di usia yang masih muda, mentaati kedua ibu bapa, berkorban untuk agama serta faham akan susah payah kehidupan mereka mereka membesarkan anak anak dan yang paling penting beliau faham akan erti Taubat dan tidak lah nanti dah tua bangka baru nak bertaubat dan baru nak cuci tangan

وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَانًا ۖ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهًا 
وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا ۖ وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْرًا ۚ حَتَّىٰ 
إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ 
أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ 
أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي ۖ إِنِّي 
تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: "Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri".
(QS: Al-Ahqaaf Ayat: 15)

5. Dan yang paling penting bila dia dah faham akan kehidupan maka dia faham bahawa setiap Umat Muhammad ini perlu keluar Jalan Allah, 4 bulan, 40 hari dan 3 hari (yang ni karkun saja kot yang faham).. Hehehe

Alhamdulillah, 10 hari yang lepas anak aku selamat menerima cahaya mata lelaki dan aku dengan selamatnya di panggil Atok...adeeeeh..!!! terasa tua laa plak..!!!
Alhamdulillah cukup seminggu kami letak nama dia Ali Mikhaeyl Bin Ali Akmaluddin Bin Ali Zaik (Ali Zaik tuu Atok nya..aku leer..!!! )
Nampak gaya hidup bahagia, bisnes pun jalan kencang sampaikan dah ada agen jualan 18 0rang seluruh Malaysia dan masih lagi menyambung pelajaran untuk dtamat kan Ijazah.

Hidup ni tak payah buat susah susah Bhai, kalau kita fikir susah maka jadi lah susah kalau kita fikir senang maka jadi lah senang dengan izin Allah.
Dan hidup akan jadi senang, sempoi & simple bila kita BUAT USAHA AGAMA...!!! 

Jadi Bhai, tak kisah lah orang nak kata apa asal kan kita selamat Dunia dan Akhirat, dan pada yang masih bujang dan takut takut nak kawin korang kawin lah cepat cepat takda ruginya...!!! faham..?
kenapa saya bagi anak nikah usia muda dan ramai pula guna gambar menantu saya kenapa saya bagi anak nikah usia muda dan ramai pula guna gambar menantu saya Reviewed by Unknown on 10:04 PM Rating: 5

3 comments:

  1. klu 19 tu tak le muda sangat,aku ingat 12 thn ke,anak pompuan aku kawin umo 18thn,aku umo 43 thn dah dapat cucu,kini cucu aku dah 26 org dari lapan anak yg dah berkahwin

    ReplyDelete
    Replies
    1. 19 tahun tu masih muda lagi, kepala hotak ingatkan seks je, jangan 4-5 tahun kahwin, dah fikir nak cari lain. aku kahwin dulu 30 thn, time ni dah matang, kewangan stabil, bertanggungjawab.
      Umur 19 patut belajar lagi, ataupun menambah ilmu.

      Delete
  2. Padahal itu la yg sebaik-baiknya dizaman yg penuh noda dan dosa.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.