Mengapa Zizan Undur Diri Dari Rancangan MELODI ?
Suasana sedih dengan linangan air mata yang penuh sebak, dia memaklumkan bahawa episod kali ini merupakan episod terakhirnya akan mengacarakan rancangan hiburan itu.
Pengumuman itu telah dibuat di akhir rancangan dan gandingannya bersama Awal Ashaari dan Awal dilihat cuba menenangkan Zizan . Zizan juga sempat mengungkapkan ‘tagline’ popularnya setiap kali tiba di penghujung rancangan iaitu ‘Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi, dan berdiri di atas bakat sendiri!’.
Dalam pada itu juga Zizan turut mengucapkan terima kasih kepada krew produksi Melodi selain penonton yang setia menanti siaran tersebut pada setiap hari Ahad.Kami yakin dengan pengumumannya ini, pasti ramai yang akan merindui telatah lucu Zizan dalam mengacarakan program itu selepas ini.
Apapun, bersama-sama kita nantikan siapakah yang bakal mengambil alih tempat pengacara popular itu nanti | braderpanas !
Mengapa Zizan Undur Diri Dari Rancangan MELODI ?
Reviewed by Tular Lagi
on
4:10 PM
Rating:
No comments: