Like us for get Notifications

RM27.6 juta | Kos fasa pertama cari MH370

KUALA LUMPUR - Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini mendedahkan kos mencari dan menyelamat pesawat penerbangan MH370 bagi fasa pertama membabitkan RM27.6 juta.

Jelasnya, kos tersebut adalah kecil jika dibandingkan dengan kos yang dikeluarkan negara lain untuk menggerakkan aset dan jentera pencarian yang menelan belanja lebih US$23juta (RM73.5 juta).

"Kos tersebut digunakan untuk pembiayaan awal bagi menggerakkan aset milik kerajaan Malaysia dan tentera dari segi kos bahan api (minyak), makan dan minum pasukan pencarian," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.
RM27.6 juta | Kos fasa pertama cari MH370 RM27.6 juta | Kos fasa pertama cari MH370 Reviewed by Mad Pikghie on 1:00 PM Rating: 5
Powered by Blogger.