Like us for get Notifications

Selepas khalwat, Cif Inspektor Azilah Hadri tumbuk polis pula


Selepas khalwat, Cif Inspektor Azilah Hadri tumbuk polis pula  | Sebelum ini Cif Inspektor Azilah Hadri ditangkap kerana berkhalwat dengan isteri orang. kini dia didakwa menumbuk anggota polis pula.

Kejadian berlaku pada malam Khamis lalu di Balai Polis Sepang selepas ditahan kerana kes khalwat tersebut.

Dalam keadaan bergari, ketika rakan kepada suami wanita itu datang mahu membantu tangkapan tersebut insiden tersebut berlaku menyebabkan anggota polis berdarah hidungnya dan cedera ringan pada bibirnya.

Kini bekas komando tersebut disiasat di bawah Seksyen 323 Kod Penal kerana menyebabkan cedera tanpa senjata selepas laporan oleh polis yang menjadi mangsanya, kata Ketua polis Sepang, Superintendent Mohd Yusoff Awang.

Mohd Yusof menjelaskan berlaku kekecohan selepas bekas komando itu ditangkap kerana khalwat.

"Polis yang cedera itu adalah jiran wanita itu. Dia datang untuk membantu. Berlaku salah faham dan berakhir dengan kecederaan," kata Mohd Yusoff dipetik The Malaysian Insider.
Selepas khalwat, Cif Inspektor Azilah Hadri tumbuk polis pula Selepas khalwat, Cif Inspektor Azilah Hadri tumbuk polis pula Reviewed by Tular Lagi on 3:51 PM Rating: 5

1 comment:

  1. Lain kali kalau nak tangkap azilah, bawa sekurang-kurangnya pakar seni bela diri yang ada black-belt tahap 8 macam Bruce Lee dan steven seagal, kalau tak memang kena "lipat" le dengan dia. Azilah bekas anggota UTK, setakat 5 orang nak pukul dia, memang tak de hal!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.