Like us for get Notifications

Shila Amzah, Sendiri Bikin Kontroversi Salahkan Media Tempatan…



AMBOI…. Kemain lagi kelab peminat Shila Amzah duk hencap media Melayu tempatan konon tak menyokong artis kesayangan mereka tu. Risik-risik dengan rakan-rakan hiburan, mereka kata memang tak dapat jemputan.

Memetik laporan BH Online, wartawan mereka yang pergi itu pun atas kapasiti peminat, bukan jemputan!

“Hakikatnya, akhbar Melayu tidak diundang pada konsertnya. BH Online melaporkan di sebalik kejayaannya, Shila turut berkongsi mengenai hatinya yang sudah dimiliki. BH Online melaporkan cerita itu atas kapasiti penonton biasa kerana tiket konsert dibeli teman penulis.

“Usaha menghubungi Shila dan ibunya semalam tidak berjaya. Seharusnya pihak Shila mahupun penganjur konsert perlu menjelaskan kenapa media Malaysia yang selama ini menyokong kerjayanya tidak diundang pada hari konsert itu.”

Ni ada satu kenyataan dari seorang wartawan media Melayu tempatan yang datang atas usaha sendiri. Bila nak buat tembual dihalang pula oleh penganjur. Mujur wartawan ni pandai cari story lain, temubual peminat-peminat malam tu.





Lain kali apakata Shila periksa dulu dengan penganjur. Semak senarai jemputan media tu, bukan main lepas je cakap wartawan ni suka tulis story gosip. Kalau betul dijemput, takkan lah tak datang…. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak taip…? eh, fikirlah sendiri yer….

Minah ni memang tak habis-habis dengan kontroversikan? Sendiri yang buat lepastu cakap media ni memang suka cari buruk dia. Isss… Tak fahamlah! - mnh
Shila Amzah, Sendiri Bikin Kontroversi Salahkan Media Tempatan… Shila Amzah, Sendiri Bikin Kontroversi Salahkan Media Tempatan… Reviewed by Tular Lagi on 9:15 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.