Like us for get Notifications

17 Rahsia Pramugari Kekal Cantik Sepanjang Penerbangan !


Bukan mudah untuk maintain cantik dan segar ketika mengembara tambahan  lagi jika perlu melalui perjalanan yang panjang. Kalau anda tergolong dalam kumpulan yang menghadapi kesukaran ini, tentu anda juga adalah golongan yang kagum dengan ‘kemahiran” para pramugari dalam menjaga penampilan mereka waktu berkhidmat dalam kapal terbang. Daripada laporan Daily Mail, kami kongsikan tips dan rahsia anak kapal penerbangan Emirates kekal dengan penampilan menawan walaupun perlu bertugas dalam penerbangan untuk tempoh yang lama.
  1. Pakai produk berasaskan tumbuhan semula jadi untuk membantu melindungi kulit dan mengekalkan kelembapan kulit
  2. Untuk mekap asas ( bedak) , pilih krim berasaskan Blemish Base atau Colour Correction atau mekap berasaskan mineral
  3. Tanggalkan mekap dengan pembersih bebas alkohol dan gunakan mask muka jenis penghidratan semasa penerbangan untuk hidrat kulit
  4. Gunakan balm bibir secara berterusan untuk mengelakkan bibir daripada menjadi kering dan merekah
  5. Sebelum mendarat, dan mengenakan mekap, gunakan pembersih / exfoliator, pelembap dan gel mata
  6. Disyor menggunakan serum mata untuk mengatasi masalah mata letih dan nampak lebih bertenaga semasa mendarat
  7. Ataupun gunakan  concealers dengan reflectors cahaya untuk mengatasi mata sembap Berbanding bedak jenis powder (serbuk)  sapukan pelembap jenis tinted, untuk efek kulit yang lebih lembap diikuti dengan sedikit pemerah pipi dan pengilat bibir.
  8. Ambil inisiatif berjalan-jalan dalam kabin untuk melancarkan perjalanan darah
  9. Jangan gunakan sebarang produk pengayaan rambut untuk mengelakkan kekeringan
  10. Sapukan minyak atau serum rambut semasa berada dalam kabin,
  11. Sikat rambut dengan berus rambut daripada material kayu untuk mengelakkan kesan elektrik statik
  12. Dehidrasi akan memberi kesan kepada kulit secara umum terutamanya tangan, muka dan kutikel dalam penerbangan jarak jauh. Minum banyak air sepanjang penerbangan dan hidrat sebanyak mungkin bebrapa hari sebelum terbang dengan meminum air, buah-buahan dan jus sayur-sayuran (terutamanya timun).
  13. Sebelum berlepas, sapukan losyen atau minyak untuk badan . Jangan lupa juga tanggalkan mekap dan sapukan pelembap.
  14. Elakkan maskara kalis air kerana ia bersifat mengeringkan. Kru kabin juga menggunakan sedikit krim tangan atau pengilat  bibir untuk memastikan rambut lebih kemas dan tidak mengerbang.
  15. Gunakan semburan hidrasi untuk mengekalkan kelambapan kulit dengan cara lebih mudah dan pantas.
  16. Banyakkan minum air dan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan kandungan air seperti air kelapa.
  17. Elakkan minuman berkafein dan alkohol sebaliknya ambil jus buah-buahan semasa penerbangan.  | wanista
17 Rahsia Pramugari Kekal Cantik Sepanjang Penerbangan ! 17 Rahsia Pramugari Kekal Cantik Sepanjang Penerbangan ! Reviewed by Tular Lagi on 9:28 PM Rating: 5

1 comment:

Powered by Blogger.