Like us for get Notifications

Hikmah #Raja Ilya Pegang Telefon Terbalik :)




Siapa sangka di sebalik babak memegang telefon bimbit terbalik dalam drama Cinta Ibadah yang disiarkan di Astro Prima naik rating mendadak.

Babak berkenaan turut terkena tempias pelakonnya sendiri iaitu Raja Ilya.

Babak berkenaan menjadi viral di laman sosial dan tidak kurang yang menjadikan insiden berkenaan sebagai bahan lawak menerusi parodi.



Ikuti komen Raja Ilya  :


"Sehari selepas episod yang menyiarkan babak berkenaan, rating naik. Saya difahamkan rating pernah mencecah dua juta tontonan dan ia jadi sejarah baru untuk saluran itu.

"Yang paling melucukan benda yang dihentam itu jadi tak serius apabila ada yang menjadikannya parodi.

"Naik kelakar jadinya apabila ramai melakonkan babak pegang telefon terbalik itu. Ada di antara pelakon yang membuat parodi termasuk kru.

"Di laman sosial, biasalah ada yang memberikan komen positif dan negatif. Siap ada yang bergaduh sesama mereka di situ," katanya.

Menurut Raja Ilya, beliau sendiri tidak sedar bagaimana kelemahan itu tidak disedarinya.

"Saya terfikir bagaimana boleh jadi macam itu. Memang tak perasan langsung. Tapi benda sudah nak jadi," katanya yang kini sedang melunaskan baki penggambaran drama Bila Hati Berbicara untuk slot Akasia TV3.


Hikmah #Raja Ilya Pegang Telefon Terbalik :) Hikmah  #Raja Ilya  Pegang Telefon Terbalik  :) Reviewed by Tular Lagi on 9:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.