Like us for get Notifications

Identiti wanita dipeluk Zul Ariffin di kelab malam akhirnya terbongkar ?



Siapakah gerangan wanita yang dipeluk mesra oleh Zul Ariffin? Itu adalah persoalan utama yang tecetus di minda kami semasa mula-mula terlihat foto tersebut.

Kami cuba berfikiran positif dan menganggap bahawa foto tersebut merupakan foto lama ataupun telah diedit, namun ternyata jangkaan tersebut salah.

Terkini, menerusi laporan mStar Online, Zul mengakui bahawa dia sememangnya ada mengambil gambar bersama wanita tersebut.

“Ketika kejadian saya sedang menonton persembahan live band di sebuah kelab dan disapa oleh wanita berkenaan untuk mengambil gambar dan saya sekadar memenuhi permintaannya.

Selepas gambar itu tersebar saya sedar ia satu kesilapan besar kerana cara itu agak berlebihan sehingga menimbulkan salah faham di kalangan peminat.”

Bagaimanapun, Zul menafikan dakwaan bahawa dia dalam keadaan mabuk ketika foto tersebut diambil dan menganggap ada pihak cuba memutarkan cerita sebenar disebalik gambar tersebut.

“Kadang-kadang rasa serba salah untuk menolak permintaan peminat untuk bergambar atau menegur cara mereka kerana bimbang mereka berkecil hati.

Namun kejadian itu memberi pengajaran kepada saya untuk lebih berhati-hati apabila bergambar dengan peminat wanita selepas ini.”

Zul juga memberitahu bahawa ibu dan kekasihnya (Gayatri) merupakan dua orang pertama yang tahu mengenai foto kontroversi itu.
Identiti wanita dipeluk Zul Ariffin di kelab malam akhirnya terbongkar ? Identiti wanita dipeluk Zul Ariffin di kelab malam akhirnya terbongkar ? Reviewed by Mohd fitri on 9:58 PM Rating: 5
Powered by Blogger.