Like us for get Notifications

Polis Temui Pistol Dalam Rambut Wanita ini


>>> Inilah kelebihan Proton IRIZ yang perlu anda tahu

Pastinya, setiap individu yang ditahan akan diperiksa sebelum dimasukkan ke dalam sel, namun Tiffanie Lizette Bass, 32 tahun cuba menjadi lebih kreatif dengan menyembunyikan objek terlarang iaitu sepucuk pistol di dalam rambutnya.

Tiffanie pada mulanya ditahan ketika serbuan di sebuah kelab malam. Takut kesalahannya berganda, dia memutuskan untuk menyimpan pistol yang dicurinya di dalam sanggul rambut.


Senjata jenis .38 kaliber itu hanya ditemui setelah dia yang ditahan di Pusat Tahanan Wake County, dilihat berjalan dengan kepala senget. Dia kemudiannya dituduh dengan niat mencuri senjata api dan ditahan bersama waran.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan polis bahagian Rayleigh, mereka akan menyemak kembali aspek-aspek keselamatan dan prosedur jabatan yang digunapakai, berkemungkinan untuk ditukar setelah kejadian tersebut berlaku.

Ya, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. – MYNEWSHUB
Polis Temui Pistol Dalam Rambut Wanita ini Polis Temui Pistol Dalam Rambut Wanita ini Reviewed by Tular Lagi on 6:33 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.