Like us for get Notifications

INDIVIDU BUAT JENAKA TRAGEDI MH370 DI SAMBUTAN HALLOWEEN DIKECAM

TEMA MH370 DI SAMBUTAN HALLOWEEN

Petaling Jaya : Tragedi kehilangan pesawat MAS MH370 pada bulan Mac yang lalu yang masih belum dijumpai sehingga sekarang telah bertukar menjadi satu bahan jenaka sempena sambutan Hari Halloween oleh pihak-pihak tertentu yang tiada sikap sensitif sehingga menyebabkan kemarahan dari ramai netizens.


Teguran juga dari isteri salah seorang krew MH370, Intan Maizura nyata kecewa dengan apa yang di lakukan mereka, keluhan di luahkan melalui laman sosial nya.


Menurut The Star Online, pencarian keyword #flightmh370 di Instagram dan Twitter menunjukkan sekurang-kurangnya enam orang yang membuat kostum Halloween yang berkaitan dengan tragedi itu.


Di Instagram nystone01, telah dimuat naik gambar tiga orang zombie yang memakai pakaian seperti cheongsams, sambil mempamerkan kad pengenalan anak-anak kapal, yang mengandungi logo Malaysia Airlines.


Gambar itu turut disertakan dengan hashtag seperti 'sesuatu yang tidak kena', 'Malaysianairlines', dan 'flightmh370'.

TEMA MH370 DI SAMBUTAN HALLOWEEN

TEMA MH370 DI SAMBUTAN HALLOWEEN

TEMA MH370 DI SAMBUTAN HALLOWEEN

TEMA MH370 DI SAMBUTAN HALLOWEEN

TEMA MH370 DI SAMBUTAN HALLOWEEN

Pengguna instagram, Maylimchinai yang memberi komen pada gambar itu berkata bahawa ia adalah tidak sopan, "negara kita masih sedih dari trajedi kehilangan pesawat, tetapi anda seolah-olah berfikir tiada apa-apa untuk membuat jenaka tentang trajedi itu dan membuat publisiti ke seluruh dunia."


Pengguna yang sama kemudian mengambil screen shot gambar dan berkongsi di Facebook, seterusnya mendapat perhatian lebih ramai rakyat Malaysia yang seolah-olah kecewa dengan perbuatan itu.


Seorang pengguna Facebook, Sash KG menyatakan, "Dengan perbuatan seperti ini, kita menyaksikan nilai kemanusiaan mati sedikit demi sedikit setiap hari."


Manakala Sai Janane Barnee berkata "Ini sangat menyedihkan. Bagaimana mereka sungguh kejam untuk melakukan hal ini."


Didapati juga kesemua individu yang menyiarkan bahan jenaka yang tidak sensitif itu bukannya rakyat Malaysia dan kesemuanya daripada luar negara.| mazerrmohd
INDIVIDU BUAT JENAKA TRAGEDI MH370 DI SAMBUTAN HALLOWEEN DIKECAM INDIVIDU BUAT JENAKA TRAGEDI MH370 DI SAMBUTAN HALLOWEEN DIKECAM Reviewed by Tular Lagi on 2:56 PM Rating: 5

1 comment:

Powered by Blogger.