Like us for get Notifications

Ayda Jebat Akur Watak 'Diterkam' Pada Malam Pertama Diubah.


Pelakon yang mempunyai wajah iras-iras Wawa Zainal ...Ayda Jebat menghormati permintaan aktor Izzue Islam yang tidak mahu melakonkan babak intim dalam drama bersiri terbaharu lakonan mereka berjudul Suami Sebelah Rumah termasuk mengubah adegan diterkam pada malam pertama.

Ayda berkata, keengganan Izzue melakonkan babak tersebut tidak menggangu perjalanan drama berkenaan sebaliknya lelaki itu tampil dengan pelbagai idea bagi menggambarkan keintiman mereka yang memegang watak suami-isteri.

"Izzue adalah seorang pelakon yang profesional dan penuh dengan pelbagai idea bagi memastikan adegan intim kami tidak cacat dalam drama bersiri itu.

"Saya langsung tidak mempunyai masalah dan faham kedudukannya sebagai suami orang dan saya sendiri tidak selesa melakonkan adegan itu jika berada ditempatnya," katanya .

Dalam pada itu, Ayda memberitahu sekiranya terdapat sebarang adegan intim, Izzue akan berbincang dengannya terlebih dahulu dan akan memberikan idea bagi mengelakkan mereka bersentuhan dalam babak-babak yang terdapat dalam skrip.

Jelas Ayda, Izzue sentiasa bersedia dengan pelbagai idea yang turut dipersetujui oleh pihak produksi.

"Sebagai contoh ada babak kami memasuki bilik hotel dan ia adalah malam pertama kami.

"Di dalam skrip Izzue sepatutnya melompat ke atas katil menerkam saya tetapi dengan ideanya kami tukar watak dia memadam lampu dan membiarkan imaginasi penonton menggambarkan apa yang terjadi," jelasnya.
Ayda Jebat Akur Watak 'Diterkam' Pada Malam Pertama Diubah. Ayda Jebat Akur Watak 'Diterkam'  Pada Malam Pertama Diubah. Reviewed by Tular Lagi on 9:08 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.