Like us for get Notifications

KISAH SEDIH ADIK ILYA PENJUAL APAM POLKADOT YG DIISI DALAM RAGA





Diceritakan oleh Azlina Hasan

15.Dec.2014,
Dalam perjalanan pulang KT > KL, berhenti isi minyak di Petronas Sura, petrol station sebelum Politeknik Dungun.
Terpandang seorang budak perempuan yg sedang bermain dgn kucing. Bila didekati, rupanya dia jual apam polkadot yg diisi dlm raga yg diletak pada basikal buruknya. Saya tanya nama apa. Ilya katanya, umur 11 thn, skolah di Sura. 1st time saya dgr nama tempat ni even dah hampir 8 thn jd rakyat Terengganu celup tapi orang Terengganu tahu kot. Saya tanya, siapa buat apam ni? Mak katanya. Bila saya minta no telefon dia atau ahli keluarganya, dia ckp takde.

Allahu... Hati saya runtun tgk anak seusia ini duduk di kaki lima stesen minyak dalam hujan renyai utk membantu keluarga. Dengan nak masuk sekolah tak lama lagi, pasti banyak belanja yg diperlukan.

Saya tak puas hati... Masuk kereta, ckp2 ngan suami. Suami suruh masuk gi tanya staff dlm tu. Saya pun masuk bertemu dgn staff petronas kat dlm stesen minyak. Masa ni ada kejadian kelakar sikit, saya tanya nama staff tu siapa, dia jwb Iliya. Saya kata saya dh tahu budak tu nama Ilya, saya tanya nama awk. Skali nama staff tu pun Iliya jugak. Staff tu ckp Ilya ni mmg slalu berniaga kat petronas tu bila cuti sekolah. Dan kebetulan dia kenal rumah dan keluarga budak Ilya ni. Tapi mengikutnya, ayah budak Ilya ni tak suka org pergi rumah dia. Melihat pada staff yg seperti boleh dipercayai, saya tanya; kalaulah ada sumbangan utk Ilya ni, boleh tak awk sampaikan. Dia kata boleh... Saya ambil no telefon staff tu sebab takleh nak ckp byk sebab masa ni dia tgh bertugas di kaunter.

Syukurlah... Dalam kita cukup makan minum, masih ramai yg dlm kesusahan yg perlukan keprihatinan kita..


sumber :ttimes
KISAH SEDIH ADIK ILYA PENJUAL APAM POLKADOT YG DIISI DALAM RAGA KISAH SEDIH ADIK ILYA PENJUAL APAM POLKADOT YG DIISI DALAM RAGA Reviewed by Mad Pikghie on 3:47 PM Rating: 5
Powered by Blogger.