Like us for get Notifications

LIYANA JASMAY PUNCA KAMAL ADLI PUTUS CINTA ?



Pelakon Kamal Adli menafikan aktres Liyana Jasmay menjadi punca dia putus cinta dengan kekasihnya, Intan Ladyana. Kamal cuma tertanya-tanya mengapakah Liyana memperkenalkan seorang lelaki lain kepada Intan sedangkan Kamal masih berusaha untuk memiliki semula hati Intan.

"Bukan Liyana yang menjadi punca perpisahan antara saya dan Intan. Selepas saya berpisah dengan Intan, saya berusaha untuk menjernihkan kembali hubungan saya dengan dia. Saya menghantar mesej kepadanya setiap hari, tetapi tidak berbalas.

MENARIK JUGA INI -- > 4 Gambar Raja Abdul Mateen dan Raja Nour Emaan Anak kembar nurul Syuhada Nurul Ain



Selepas itu saya terdengar yang Liyana bercerita kepada orang yang dia sudah memperkenalkan seorang lelaki kepada Intan. Lelaki itu adalah teman kepada suaminya. Perkara itu sampai ke telinga saya. Saya cuma tertanya kenapa Liyana berbuat begitu. Dia kawan saya, dia tahu bagaimana hubungan saya dengan Intan," ujar Kamal memulakan bicara.

Walaubagaimanapun, Kamal tidak marah dengan tindakan yang dilakukan oleh Liyana yang memperkenalkan lelaki lain kepada Intan sedangkan dia sedang berusaha untuk memulihkan keadaan.

"Saya tak rasa marah dan saya juga tak salahkan Liyana. Liyana kawan saya, dia juga kawan Intan. Saya cuma tertanya-tanya mengapa tindakan itu Liyana lakukan. Dalam tempoh saya memulihkan perasaan saya, saya tak mengikuti Intan di Instagram. Saya cuba untuk tak mahu fikir pasal Intan tetapi peminat-peminat 'tag' saya dekat gambar Intan.

Kini ada peminat 'tag' saya pada gambar Intan bersama lelaki lain dan menerusi gambar tersebut Intan kelihatan gembira. Jadi selepas ini memang saya tidak mahu mengambil kisah lagi mengenai Intan kerana saya hormat dia yang kelihatan sedang berbahagia. Saya akui sebelum ini saya berharap, tetapi kini tidak lagi. Saya harap Intan gembira," kata Kamal lagi.

Jelas Mengapa Ambil Masa 6 Tahun

Dalam pada itu, Kamal juga menjelaskan mengapa dia mengambil masa yang lama untuk melamar Intan menjadi isterinya sehingga cinta yang mereka bina selama enam tahun putus di tengah jalan.

"Saya mengenali Intan ketika saya baru sahaja berlakon. Saya belum bersedia waktu itu kerana saya bermula kosong. Saya memang sudah bersedia untuk berkahwin tahun ini kerana semuanya sudah cukup. Rumah, kewangan dan sebagainya. Tetapi kami berpisah pula. Saya cuma anggap semua perkara yang terjadi ada hikmah.

Dipihak saya, memang saya harus ambil masa kerana sebagai lelaki saya kena bersedia kerana saya memang mahu berkahwin dengan dia. Takkan selama enam tahun ini saya cuma membazirkan masa sahaja bercinta tanpa sebarang perancangan lanjut? Saya anggap semuanya sudah tertulis dan saya tiada jodoh dengan Intan," ujarnya mengakhiri perbualan.
LIYANA JASMAY PUNCA KAMAL ADLI PUTUS CINTA ? LIYANA JASMAY PUNCA KAMAL ADLI PUTUS CINTA ? Reviewed by Tular Lagi on 1:14 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.