Like us for get Notifications

Punca Sultan Selangor Tarik Balik Gelaran 'Datuk Seri' Yang Diberi Kepada Anwar


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menarik balik gelaran Datuk Seri yang dianugerahkan kepada Anwar Ibrahim berkuatkuasa 3 November lepas. Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan memberitahu, gelaran itu ditarik balik berikutan tindakan dan perlakuan Ketua Pembangkang itu sejak akhir 2013 mempersoalkan kuasa dan kewibawaan Sultan Selangor dan institusi raja dalam menyelesaikan kemelut pelantikan Menteri Besar. Anwar dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri-Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.S.A) yang membawa gelaran Datuk Seri pada 1992. 


info sahih

Punca Sultan Selangor Tarik Balik Gelaran 'Datuk Seri' Yang Diberi Kepada Anwar Punca Sultan Selangor Tarik Balik Gelaran 'Datuk Seri' Yang Diberi Kepada Anwar Reviewed by Mad Pikghie on 9:51 AM Rating: 5
Powered by Blogger.