IS bakar juruterbang Jordan hidup-hidup [VIDEO]
AMMAN: Militan IS mendedahkan sebuah video pada Selasa yang dikatakan memaparkan seorang juruterbang Jordan yang dibakar hidup-hidup di dalam sangkar, dalam tindakan paling kejam oleh kumpulan ini terhadap tebusan asing.
Video 22 minit itu menunjukkan imej seorang lelaki yang dikatakan Leftenan Pertama Maaz al-Kassasbeh yang ditangkap pada bulan Disember diselubungi api yang marak.
Raja Abdullah II memendekkan lawatan ke Washington untuk pulang, sebuah televisyen tempatan melaporkan, setelah Amman mengesahkan kematian juruterbang pejuang berusia 26-tahun itu dan bertekad untuk "beri respon balas yang cukup hebat."
Video tersebut, yang belum dapat dipastikan kesahihannya, menimbulkan kemarahan pegawai dan tentera di Jordan yang berikrar untuk membalas dendam terhadap pembunuhan juruterbang itu.
Seorang pegawai keselamatan berkata, hukuman mati ke atas pengebom berani mati Iraq, Sajida al-Rishawi, serta militan lain akan dilaksanakan pada subuh hari Rabu.
"Hukuman mati akan dijalankan ke atas sekumpulan militan, bermula dengan Rishawi, dan juga Ziad Karbuli dan lain-lain yang menyerang kepentingan Jordan," kata pegawai itu.
Laporan syarikat televisyen tempatan berkata Kassasbeh telah terbunuh pada 3 Januari, sebelum IS membuat tawaran pertukaran dengan Rishawi.
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengecam pembunuhan itu yang jelas menunjukkan peribadi IS yang "jahat dan gasar."
Amerika Syarikat akan "melipatgandakan keselamatan dan keazaman di pihak global untuk memastikan "kumpulan itu akhirnya ditumpaskan,” katanya.
Rumah Putih berkata perisikan AS sedang berusaha untuk mengesah kesahihan video- pahang2day

Reviewed by Tular Lagi
on
9:22 PM
Rating:
No comments: