Rita Rudaini Cetus Sensasi,’Siapa Hantar Mesej Rindu Tu?’
AKTRES cantik yang juga ibu kepada dua cahaya mata lelaki, Rita Rudaini jarang dihimpit kontroversi berkaitan teman istimewa.
Kalau ada pun itu dahulu, berkisar kisahnya dan bekas suami Aidil Zafuan yang pernah mengambil keputusan bernikah di negara jiran.
Namun kini menerusi laman Instagram, Rita telah mencetuskan teka-teki di kalangan peminat apabila memuatnaik sekeping foto yang penuh misteri lagi tanda tanya.
Biasalah, andai satu persoalan itu ditinggalkan tanpa jawapan, maka netizen pun mulalah membuat andaian nakal tentang individu yang menghantar pesanan ‘rindu’ tersebut kepada Rita.
Semestinya nama bekas suami, Aidil tetap dikaitkan dengan ‘watak misteri’ itu namun kebenarannya hanya Rita sahaja yang tahu.
Menyingkap laman Instagram milik kembar kepada Aidil iaitu Zaquan Adha pula, bekas suami Rita itu didapati terlantar di hospital namun sakitnya tidak pula dimaklumkan Zaquan.
Ya, atmosfera minda segelintir peminat kini mencaturkan pelbagai kesimpulan tersendiri terhadap perbualan Rita bersama individu misteri tersebut dan motif Rita berkongsikannya di Instagram.
Namun bagi kami, ada baiknya tidak membuat sebarang spekulasi melibatkan Aidil memandangkan pemain bola sepak itu sudahpun mendirikan rumahtangga dan baru sahaja menimang cahaya mata.
Senang cakap hormatilah perasaan isterinya, Zarema Zainal. – MYNEWSHUB.CC
Rita Rudaini – Hanya Tuntut Hak, Bukan Menganggu
Rita Rudaini Cetus Sensasi,’Siapa Hantar Mesej Rindu Tu?’
Reviewed by Tular Lagi
on
3:00 PM
Rating:
No comments: