Dyana Sofya Bagi 'Siku' Pada Puteri UMNO
KUALA LUMPUR: Niat baik bekas calon DAP Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud untuk menderma dengan memuat naik gambar ‘selfie' dirinya mendapat kritikan ‘musuh’ politik, Puteri UMNO.
Bagaimanapun, Dyana menerusi laman sosial Twitternya tidak berdiam diri begitu saja tetapi secara sinis membidas kembali kenyataan Ketua Penerangan Puteri UMNO, Haryaty Hamdzah.
“Siku pun tidak Nampak!” kata Dyana semalam sebagai mengulas kenyataan Haryati Hamdzah yang menyifatkan aksi ‘selfie’ beliau di dalam bilik tidur sebagai kurang sopan.
Dyana sebelum ini mencuri perhatian umum apabila mendedahkan gaya sebenarnya ketika bangun tidur bertujuan mengumpul dana untuk Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO).
Aksi beliau bersama beberapa nama besar lain antaranya Carmen Soo, Bernie Chan dan Fatimah Abu Bakar dipaparkan di majalah Marie Claire.
Kempen tersebut yang menyarankan kepada personaliti tempatan untuk memuat naik gambar mereka tanpa solekan di laman sosial Instagram dan majalah tersebut akan mendermakan RM10 untuk setiap foto.
Susulan itu, Haryaty dalam kenyataan kepada Astro Awani mempersoalkan tindakan Dyana yang disifatkan menayang badannya untuk tujuan mengutip derma.
“Wanita muda tidak boleh menggunakan aksi sedemikian untuk menarik perhatian, lebih-lebih lagi untuk mengumpul dana.
"Ia perlakuan yang memalukan, Dyana harus fikir cara lain yang lebih sopan daripada bergambar dengan gaya sebegitu di bilik tidur,” katanya kepada Astro Awani.
- mD
Dyana Sofya Bagi 'Siku' Pada Puteri UMNO
Reviewed by Tular Lagi
on
11:16 AM
Rating:
No comments: