Like us for get Notifications

Foto baby bump Mizz Nina, isteri Noh Hujan semakin membesar?



Mizz Nina adalah seorang selebriti yang bukan setakat sudah lama berhijrah dengan imej terbaru, malah isteri kepada Noh Hujan ini juga aktif terutama dalam bidang perniagaan fesyen busana muslimah sejak mendiamkan diri dari bidang seni.


Ramai juga yang bertanyakan tentang khabar Mizz Nina sekarang terutama sejak berumah tangga bersama Noh pada Julai 2011, dan soalan lazim yang sering ditanyakan adalah tentang kehadiran cahayamata pertama.

Baru-baru ini, ada sumber terdekat dengan Mizz Nina secara tak sengaja mendedahkan kepada seorang rakan yang Mizz Nina sedang berbadan dua dan juga masih menyimpan rahsia tentang usia kandungan pasangan tersebut.





Bila diajukan lagi soalan kepada rakan tersebut, beliau terus mendiamkan diri. Bukan itu saja, ada juga sumber yang baru-baru ini terserempak dengan Mizz Nina dan kebanyakkan mereka menyatakan Mizz Nina sekarang lebih gemar memakai baju fesyen berjubah dan kelihatan agak seri berisi.


Tak tahulah mana satu yang betul dan kalau diamati gambar yang diambil dari salah seorang peminat Mizz Nina di laman facebook, selebriti muslimah ini memang kelihatan berisi bahagia sikit. Yelah, manalah tau kalau betul ‘berisi’ kan.


Kalau benar bagai ditafsirkan dan info yang tak sengaja terlepas dari sumber terdekat yang mengatakan Mizz Nina sudah pun mengandung, tahniah dan tumpang gembira diucapkan.

Apa-apa pun, perkara ini masih baru dan mungkin pasangan ini memilih jalan untuk merahsiakan sebelum benar-benar bersedia untuk berkongsi perkhabaran gembira kepada umum.


Sumber : Era FM



Foto baby bump Mizz Nina, isteri Noh Hujan semakin membesar? Foto baby bump Mizz Nina, isteri Noh Hujan semakin membesar? Reviewed by Tular Lagi on 7:59 AM Rating: 5

2 comments:

  1. ibu dan bapa mizz nina memang orang yang mudah senyum serta mesra pada orang umum,tidak menunjokkan kedudokkan status mereka.mizz nina memiliki apa yang ada pada kedua orang tuanya. dia cantik dan ayu bilamana dia tersenyum.mereka golongan keluarga yang baik baik.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.