Taktik pusat hiburan tawar khidmat GRO terbongkar!
kl..Sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail di sini, dipercayai menawarkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) warga asing sebagai pelaris, diserbu sepasukan anggota dari Unit Maksiat Bahagian Anti Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, awal pagi semalam.
Ketua Operasi, Superintendan Razali Abu Samah berkata, pihaknya mendapati taktik itu digunakan bagi menarik pengunjung ke premis terbabit.
“Kita memberkas 28 wanita warga Thailand dipercayai GRO ketika mereka sedang asyik melayan pelanggan di premis tersebut,” katanya.
Menurutnya, polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun dipercayai sebagai pengurus pusat hiburan itu.
“Siasatan mendapati pelanggan hanya perlu membayar RM150 hingga RM200 untuk khidmat seks, mereka boleh membawa GRO tersebut ke hotel bajet berhampiran untuk tujuan maksiat,” katanya.
Kesemua wanita warga asing yang berusia dalam lingkungan 21 hingga 31 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tindakan lanjut.

Reviewed by Tular Lagi
on
7:34 AM
Rating:
No comments: