Like us for get Notifications

gadis maut ditikam bekas tunang akibat cemburu

KLUANG - Hanya kerana cemburu, seorang gadis pekerja pasaraya Econsave maut ditikam dari belakang oleh seorang lelaki yang dipercayai bekas tunangnya.


Dalam kejadian yang berlaku lebih kurang pada jam 6 petang semalam, mangsa, Nursyafika binti Ismail, maut ditikam oleh bekas tunangnya yang dipercayai bermotifkan cemburu.


CERITA DI TEMPAT KEJADIAN


"Dalam jam 2 petang tadi, mangsa dan abangnya serta bekas tunang mangsa satu kereta dari rumah mereka di Felda Ulu Dengar ke Bandar Kluang. Abang mangsa, turunkan adiknya ke Econsave untuk kerja dan turunkan bekas tunang adiknya di bus stand Kluang untuk balik ke Johor Bharu.


"Rupa-rupanya budak itu jalan kaki patah balik ke Econsave dan jumpa mangsa semula dan ada berlaku pertengkaran di antara mereka.


"Lelaki itu hilang pertimbangan terus memukul mangsa sehingga terbaring di jalan dan kejadian itu disaksikan oleh rakan sekerja mangsa.


"Semasa mangsa cuba bangun sambil memegang kaki rakannya, lelaki itu terus menikam pisau di rusuk kanan mangsa. Dengan pisau yang masih melekat di badan, mangsa dihantar ke hospital dan meninggal tanpa disaksikan oleh warisnya.


"Motif pembunuhan dipercayai lelaki itu tidak dapat menerima hakikat bahawa mangsa telah pun bertunang dengan orang lain.


SUASANA SAYU DI HOSPITAL


"Kasihan dan simpati dengan keluarga mangsa. Kebetulan saya dan suami berada di hospital yang sama di mana mangsa dibawa. Simpati mendengar raungan si ibu dan keluarga mangsa.


"Ibu mangsa sampai nak pengsan, terpaksa ditenangkan dan dipapah. Walaupun tidak mengenali mereka, namun hati turut sedih dengan nasib yang menimpa anak mereka.," kata Hana Amani.


Menurut sumber, suspek telah berjaya ditahan.




gadis maut ditikam bekas tunang akibat cemburu gadis maut ditikam bekas tunang akibat cemburu Reviewed by Tular Lagi on 2:54 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.