Like us for get Notifications

VIRAL | Perbuatan seorang wanita tua mencerca wanita Islam bertudung dalam sebuah tren dikutuk.






Kejadian berlaku di Sydney ketika mangsa menaiki tren yang dalam perjalanan dari Town Hall ke lapangan terbang.

Sebaik menyaksikan kejadian, Stacey Eden mengeluarkan telefon pintarnya dan kemudian berhujah dengan perempuan berkenaan.

Ketika itu, seorang perempuan tua berbaju merah dan berambut perang mempersoalkan tudung yang dipakai mangsa.

“Mengapa kamu memakai tudung untuk lelaki yang mengahwini kanak-kanak yang berusia enam tahun?, kata wanita berkenaan dengan nada suara yang tinggi.

Ia kemudian berlarutan dengan pelbagai isu lain dan mangsa yang bersama anaknya hanya berdiam diri.

Tindakan biadap itu kemudian mendapat respon daripada penumpang lain.

Menurut laporan yang dipetik The Sydney Morning Herald berakhir selepas Eden menegur wanita berkenaan.

“Kalau tiada apa yang baik hendak dicakap, jangan cakap, mudah aja,” katanya.

Rakaman yang kemudian menjadi viral dan banyak pihak memuji tindakan Eden.

VIRAL | Perbuatan seorang wanita tua mencerca wanita Islam bertudung dalam sebuah tren dikutuk. VIRAL | Perbuatan seorang wanita tua mencerca wanita Islam bertudung dalam sebuah tren dikutuk. Reviewed by Tular Lagi on 7:43 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.