Like us for get Notifications

Semua kru kapal MT Orkim Harmony dibebaskan




Semua kru kapal tangki MT #OrkimHarmony sudah dibebaskan kumpulan perampas jam 2.30 pagi tadi, kata Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia (APMM). Berikutan pembebasan itu, semua perampas meninggalkan kapal dan melarikan diri menaiki bot penyelamat MT Orkim Harmony. 

Kapal Orkim Harmony kini diiring ke pelabuhan Kuantan dan dijangka tiba seawal jam 6 petang ini, kata Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri AbdulAziz Jaafar seperti dilaporkan BERNAMA. Hanya seorang kru kapal MT Orkim Harmony dilaporkan mengalami cedera ringan.

Kapal tangki itu bersama 22 kru terdiri daripada 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar, dilaporkan terputus hubungan jam 8.57 malam Khamis lalu ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang. 

Kapal tangki itu dirampas oleh sekurang-kurangnya lapan lanun bersenjatakan pistol dan parang dipercayai warga Indonesia. 

Lanun dikatakan mahu menjual 6,000 tan petrol yang dianggarkan bernilai RM21 juta dalam kapal itu kepada sindiket asing. MT Orkim Harmony disahkan ditemui semalam oleh pihak berkuasa di perairan Kemboja, telah dicat semula dan ditukar nama kepada 'Kim Harmon'.
Semua kru kapal MT Orkim Harmony dibebaskan Semua kru kapal MT Orkim Harmony dibebaskan Reviewed by Tular Lagi on 11:06 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.