Comel sungguh anak-anak panda ni 10 gambar :)
Comel sungguh anak-anak panda yang ada di pusat jagaan ini, tapi jangan pula cemburu dengan layanan istimewa serta kasih sayang yang dicurahkan kepada haiwan yang semakin pupus ini.
Mungkin inilah tempat yang akan dijadikan pilihan oleh semua orang sekiranya menghadapi tekanan di tempat kerja mahupun tekanan dalam hidup.
Pusat jagaan atau Pangkalan Penyelidikan Chengdu di China ini memainkan peranan penting untuk menempatkan serta melindungi spesis panda yang terancam ini daripada pupus.
Pusat ini sebenarnya dikhususkan untuk menjadi pusat untuk pembiakan panda serta menjaga dan memulih kembali spesis yang semakin berkurangan ini.
Tidak hairanlah jika kasih-sayang yang diberikan kepada panda ini diutamakan, populasi haiwan comel dan manja ini semakin mengecil.
Jadi, setiap seekor anak panda yang ada sangat istimewa dan dijaga dengan rapi bukan kerana comel semata-mata tetapi dijaga kerana proses pembiakan seekor panda sangat jarang berlaku.
Panda betina hanya akan melahirkan seekor anak dalam tempoh 2 hingga 3 tahun sekali, oleh itu, setiap seekor panda yang ada sekarang sangat penting untuk masa hadapan.
Jom tengok aksi-aksi comel panda yang ada di pusat jagaan ini, mesti anda semua akan berasa teruja!
Comel sungguh anak-anak panda ni 10 gambar :)
Reviewed by Tular Lagi
on
1:25 PM
Rating:
No comments: