Like us for get Notifications

TERGAMAK MEREKA!!! Kejutan tandas nombor 5 buat seorang wanita hampir rebah


BAYI perempuan dipercayai baru lahir ditemui dalam tandas wanita TKS, semalam.
BAYI perempuan dipercayai baru lahir ditemui dalam tandas wanita TKS, semalam.
“Ketika membuka pintu tandas nombor lima, saya terkejut dan hampir rebah selepas melihat bayi perempuan masih bertali pusat terbaring di atas lantai,” kata seorang wanita, Salsani Besar, 52, yang menemui bayi perempuan cukup sifat berselimut kain batik dalam tandas wanita di Terminal Sentral Kuantan (TSK), di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.40 tengah hari itu, bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan tidak sampai 24 jam dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, untuk pemeriksaan.
Menceritakan kejadian itu, Salsani berkata, sebelum menemui bayi itu, dia ada menyedari kehadiran seorang gadis masuk ke dalam tandas wanita sambil mengendong sesuatu di dalam kain batik.
Katanya, dia tidak mengesyaki apa-apa kelibat yang pelik sebelum menyedari gadis itu ‘ghaib’ ketika hendak masuk ke dalam tandas untuk mencuci bilik air.
Salsani berkata, dia hampir pitam selepas melihat bayi perempuan itu masih bernyawa dan bertali pusat sebelum meminta bantuan seorang pemandu teksi wanita untuk mengangkat bayi perempuan berkenaan.
“Saya kemudian memanggil pemandu teksi lain yang kebetulan berada berdekatan dengan tandas untuk meminta bantuan sebelum menghubungi Balai Polis Indera Mahkota, di sini,” katanya yang baru saja tiga bulan bekerja sebagai tukang cuci.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, ketika dihubungi, di sini, semalam, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.
“Polis masih mengesan suspek yang meninggalkan bayi perempuan itu dan akan mengambil keterangan daripada pengadu sekali gus dapat membantu menyelesaikan kes berkenaan.
Beliau berkata, bayi perempuan itu kini berada di HTAA untuk mendapatkan rawatan dan polis mengklasifikasikan kes mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.


Sumber: Harian Metro
TERGAMAK MEREKA!!! Kejutan tandas nombor 5 buat seorang wanita hampir rebah TERGAMAK MEREKA!!! Kejutan tandas nombor 5 buat seorang wanita hampir rebah Reviewed by Tular Lagi on 1:28 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.