Like us for get Notifications

Mereka Sudah Ke Mekah, Tahu Apa Hukumnya Pisahkan Ibu Kandung Dengan Anak-Anak – Liyana Manan



Baru baru ini Nur Liyana Manan memuat naik sekeping gambar bersama anaknya hasil perkahwinan dengan Romie yang kini suami Hanez Suraya. Mengikut caption yang ditulis di instagram nur liyana, dia sudah tidak berjumpa dengan anak lelaki hampir setahun. Namun, Hanez Suraya menafikan dakwaan tersebut.


Liyana Manan tidak berjumpa dengan kedua anak lelakinya sejak bulan februari lepas. Menurut Liyana, dia banyak menghubungi Romie mahu berjumpa dengan anak anak namun tidak dilayan. Malah Liyana sempat berjumpa dengan anak lelaki Putra Adreeshah sekiranya anaknya itu ke sekolah.

Sehingga kini hampir 8 bulan lamanya Liyana Manan tidak berjumpa dengan anak nya Putra Rayqarl. Sesuatu yang sangat sukar untuk ditempuhi oleh seorang ibu. 

Menurut Liyana Manan:-

Saya hanya mahu berkongsi kegembiraan dengan keluarga dan teman-teman yang selama ini mengetahui saya terpisah dengan anak-anak. Doa bertemua dengan anak akhirnya Tuhan kabulkan. Saya tidak mengaitkan sesiapaun dalam “post” itu, jauh sekali menyebut nama Romie dan Hanez. Saya tidak menyentuh mana-mana pihak tetapi kenapa mahu terasa?

Keesokannya saya mendapat mesej dari Romie yang mendakwa saya mengeluarkan berita. Berita apa? Saya tidakbertemu wartawan pun ketika itu. Saya hanya mendiamkan diri. Jika anda duduk di tempat saya, apa perasaan apabila terpisah dengan anak-anak?

Selama ini adakah saya pernah membuat kecoh apabila sudah berbulan tidak menemui anak? Saya hanya mendiamkan diri, memendam kerinduan yang amat sangat. Siang malam menangis mengenangkan mereka, tetapi siapa tahu derita hati saya?
Apabila dapat memeluk dan mencium Putra Adreeshah, saya muat naik gambar kami sebagai pengubat kerinduan. Tetapi apabila masyarakat mula menilai, kenapa harus saya melenting? Jika saya jenis yang suka mencari gaduh, rasanya hari-hari saya bantai di laman sosial.

Saya tidak mahu memburukkan sesiapa. Apa yang berlaku di pusat membeli-belah tempoh hari membuka mata orang ramai mengenai sikap mereka. Ketika berpisah dengan Putra Adreeshah, banyak mata yang memandang. Akibat tidak tahan sedih, saya meraung.
Apa yang berlaku pada saya diperhatikan orang ramai. Ketika turun eskalator, ada beberapa orang mengekori dan menepuk bahu saya minta bersabar. Suatu hari nanti anak-anak pasti kembali ke sisi saya. Itu doa mereka.


Buat pengetahuan juga, Liyana Manan telah memberikan hak penjagaan anak-anak kepada Romie. Namun Liyana juga meminta diizinkan bertemu dengan anak-anak. Agak sedih apabila membaca ayat Liyana yang berbunyi “mereka sudah ke Makkah, tahu apa hukumnya memisahkan ibu kandung dengan anak-anak“. 



Kami doakan semoga Liyana Manan tabah dan cekal dalam mengharungi ujian dari Allah ini. Jangan putus asa. Semoga anak anak Liyana akan mendapat kasih sayang dari ibu kandungnya nanti. 
-ahmadalbab
Mereka Sudah Ke Mekah, Tahu Apa Hukumnya Pisahkan Ibu Kandung Dengan Anak-Anak – Liyana Manan Mereka Sudah Ke Mekah, Tahu Apa Hukumnya Pisahkan Ibu Kandung Dengan Anak-Anak – Liyana Manan Reviewed by Tular Lagi on 8:25 AM Rating: 5

1 comment:

  1. boleh pisahkan anak dari ibu kandung sekiranya ibu kandung boleh merosakkan akidah si anak.....

    ReplyDelete

Powered by Blogger.