Padah! kacau anak dara orang.

KUCHING: Tindakan dua pekerja sebuah premis menjual telefon bimbit mengusik seorang wanita dikatakan menjadi punca dua lelaki diserang sekumpulan lelaki lain di pusat beli-belah dekat Jalan Song, Ahad lalu sehingga kejadian berkenaan menjadi viral dalam media sosial, kelmarin.
Difahamkan, kedua-dua lelaki itu didatangi tiga lelaki terbabit jam 12 tengah hari gara-gara tidak berpuas hati dengan perbuatan mereka mengusik anak seorang daripada kumpulan lelaki berkenaan.
Dalam paparan video berdurasi 2 minit 24 saat itu, kumpulan lelaki terbabit membelasah kedua-dua mangsa sambil disaksikan orang ramai di ruang legar dalam pusat beli-belah berkenaan.
Kedua-dua mangsa kelihatan melutut di hadapan kumpulan suspek terbabit, manakala pengawal keselamatan yang menyaksikan insiden itu didapati tidak berani meleraikan pergaduhan.
Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad berkata, lima individu termasuk tiga beranak yang terbabit dalam kes itu ditahan bagi membantu siasatan, kelmarin.
Menurutnya, tiga beranak itu membabitkan seorang lelaki dan dua wanita berusia 18 hingga 50 tahun ditahan di Sibu manakala dua lagi lelaki yang masing-masing berusia 43 dan 46 tahun ditahan di Jalan Simpang Tiga.
“Siasatan masih dilakukan bagi mengenal pasti punca dan motif kejadian sebenar termasuk dakwaan suspek seorang daripada mangsa mengasari anak perempuannya.
“Keterangan awal bahawa mendapati kejadian berpunca akibat tindakan seorang daripada mangsa mengusik dan menolak anak perempuan seorang suspek ketika mengunjungi pusat beli-belah itu Jumaat lalu,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Roslan berkata, kedua-dua pekerja yang cedera di badan dan lebam di muka membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, Ahad lalu.
“Semua suspek yang ditahan akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” katanya.

- Harian Metro
Padah! kacau anak dara orang. Padah! kacau anak dara orang. Reviewed by Mad Pikghie on 8:20 AM Rating: 5
Comments
0 Comments

No comments:

Powered by Blogger.