Like us for get Notifications

'JENAZAH AYAH KAMU PATUT DIBOIKOT KERANA TAK PERNAH PERGI KE MASJID' patutkah kita cakap macam tu

Gambar hiasan sahaja

Semalam (18 April 2016), jam 8.15 pagi, ayah saya telah pulang ke rahmatullah. Selesai urusan di hospital, saya pulang ke rumah ibu di kampung Rem***, Alor Gajah, Melaka. saya ingin mencari penggali kubur dan imam di masjid bersebelahan rumah untuk urusan seterusnya.

Jenazah ayah dimandikan dan dikapankan di hospital Melaka. Jadi, pakcik saya telah berjumpa dengan AJK Masjid Rem*** dan memberitahu hajat kami. Tetapi, amat mengejutkan dan mengecewakan apabila mendengar jawapan AJK masjid itu. 

"Orang ini (arwah ayah) sepatutnya tidak perlu diuruskan oleh orang kampung. Sepatutnya diboikot oleh semua orang kampung kerana tidak pernah pergi ke masjid," katanya. 

Saya amat terkejut mendengar hal ini, lalu pakcik saya menjawab,

"Arwah telah sakit selama setahun. Di rumah hanya ada isteri dan anak perempuan arwah. Itu pun jarang berada di rumah kerana menjaga arwah di hospital,". 

Dengan muka yang sinis, dia mengangkat kaki dan beredar. Saya memberitahu pakcik saya yang suami saya selalu pergi ke masjid bila setiap kali kami pulang ke kampung. Dan apabila saya fikir dengan waras, saya tidak mahu memperbesarkan hal ini dan hanya mendiamkan diri.

Apabila jenazah tiba di rumah, imam masjid Rembia sekali lagi melakukan sesuatu yang amat memeranjatkan kami sekeluarga. Imam berkenaan tidak mahu membaca tahlil di rumah dan berkeras untuk membawa jenazah ke masjid untuk dibacakan tahlil. Kami hanya menuruti sahaja. 

Setelah siap solat jenazah dan tahlil, jenazah dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan. Setelah selesai pengebumian jenazah, penggali kubur terjerit-jerit memanggil imam untuk menyelesaikan perkara seterusnya. Penggali kubur memanggil imam lebih dari 5 kali, barulah imam datang ke arah kubur untuk membacakan doa. 

Waktu itu jam menunjukkan pukul 3.15 petang. Inilah kali pertama saya melihat seorang imam bersikap seperti itu. Saya hanya mendoakan agar arwah ayah selamat semua urusannya. Saya cuba melupakan apa yang berlaku. 

Di malam hari selepas solat isyak, abang, adik dan sumai pergi bersolat di masjid dan menjemput imam untuk bacaan tahlil di rumah saya. Sekali lagi perkara yang tidak diingini berlaku. Mereka berkelakuan seperti tidak mahu datang ke rumah ibu saya untuk kenduri tahlil. Sehingga adik saya terpaksa menahan motosikal mereka seperti memaksa mereka datang ke sini. 

Setelah datang pun, imam membacakan tahlil dengan laju sekali sehingga bacaannya tidak dapat diikuti, malah tidak jelas didengar. Bukan itu sahaja, kami sekeluarga kelihatan seperti mengemis bantuan mereka untuk menguruskan perkara ini.

Kelakuan mereka ini amat memberikan kesan yang mendalam kepada saya dan keluarga. Ayah saya seorang yang sangat aktif dan ramah di kampung Rem***. Sebelum ini, ayah saya merupakan bekas PIBG sekolah, bekas pengerusi tetap UMNO, bekas AJK Kampung Rem*** dan masjid.Ibu saya juga merupakan salah seorang dari ahli kumpulan berzanji dan wanita UMNO di kampung ini. 

Adakah hanya kerana ayah terlantar sakit selama setahun, pihak AJK masjid menggunakan peluang ini untuk memboikot jenazah ayah? Ataupun mereka sudah lupa yang mereka adalah muslim yang perlu menunaikan fardhu kifayah? Ataupun mereka merasakan mereka seperti Tuhan menghukum orang tanpa usul periksa dan mengetahui latar belakang keluarga kami? 

Entah nak datang melawat, jauh sekali. Hanya kutukan dan sindiran yang kami sekeluarga terima. Saya akan sekeras-kerasnya membawa perkara ini ke tengah kerana saya tidak mahu saudara-saudara saya yang berada di Kampung Rem*** ini akan menghadapi masalah yang sama seperti saya dan keluarga lalui semalam. 

Sebelum ini tidak pernah timbul sebarang isu seperti ini. Tetapi kerana sifat busuk hati, terlalu mengagung-agungkan politik, tamak kuasa, syaitan, menyebabkan manusia yang bergelar ahli ulama ini dpandang hina oleh kami dan masyarakat sekeliling. Saya meminta kerjasama dari semua pihak untuk memandang serius terhadap perkara ini, lebih-lebih lagi masyarakat Kampung Rem***. Hal ini saya akan laporkan kepada Pejabat Agama Islam Melaka untuk tindakan lanjut.

Kepada yang membantu menguruskan jenazah ayah saya sepenuhnya dan seikhlas hati, saya mengucapkan ribuan terima kasih. Assalamualaikum. - AK | PIXEL MEDIA
'JENAZAH AYAH KAMU PATUT DIBOIKOT KERANA TAK PERNAH PERGI KE MASJID' patutkah kita cakap macam tu 'JENAZAH AYAH KAMU PATUT DIBOIKOT KERANA TAK PERNAH PERGI KE MASJID' patutkah kita cakap macam tu Reviewed by Tular Lagi on 9:14 PM Rating: 5

2 comments:

  1. Tolonglah lagi, bantu lah lagi, masuk lah lagi dalam golongan yg menzalimi maka suatu hari kita akan dizalimi juga

    ReplyDelete
  2. Mungkin pasal
    UMNO kot

    Otak Melayu memang pendek

    Semua masok kubor cepat lambat saja

    Mayat mesti di kebumi tanggung jawab yang hidup

    Standard Melayu

    Sedih macam ini

    ReplyDelete

Powered by Blogger.