Like us for get Notifications

MEMALUKAN! Wanita Ditangkap Khalwat Dengan Lelaki Lain Tapi Apa Yang Dilakukan Oleh Suaminya Amat Mengejutkan

MELAKA: Semalam pihak Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah menyerbu  sebuah hotel di sekitar Tam...
 
MELAKA: Semalam pihak Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah menyerbu  sebuah hotel di sekitar Taman Melaka Raya sehingga mereka menangkap seorang wanita berumur 29 tahun telah dipercayai berkhalwat dengan lelaki berusia 24 tahun. 

Menurut wanita tersebut, lelaki itu adalah tunangnya tapi apa yang mengejutkan apabila suami kepada wanita tersebut telah datang ke pejabat JAIM untuk menjaminnya. 



Ketua Pegawai Penguat kuasa JAIM Rahimin Bani berkata, ketika ditahan pada jam 2.45 pagi semalam, lelaki terbabit mendakwa hanya berseorangan di dalam bilik hotel ketika wanita itu bersembunyi.
“Bagaimanapun, selepas pasukan penguat kuasa yang diketuai Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JAIM, Zurul Iman Zakaria, memeriksa, seorang wanita ditemui menyorok di bilik hotel itu.
“Pada mulanya, lelaki itu menyatakan mereka sebagai suami isteri, tetapi selepas disoal siasat dia mendakwa bertunang.
“Lebih mengejutkan, apabila dibawa balik ke pejabat dan diminta menghubungi penjamin, keluarga wanita terbabit datang bersama seorang lelaki iaitu suaminya yang berusia 20-an. Hasil siasatan kedua-dua mereka masih suami isteri, malah suami wanita terbabit mengenali lelaki yang ditahan bersama isterinya,” katanya.
Operasi yang dijalankan pada pukul 10.30 malam tadi berjaya menahan tujuh lagi pasangan berusia 19 hingga 53 tahun dipercayai berkhalwat. Dan operasi tersebut berakhir pada pukul 2 pagi. 
MEMALUKAN! Wanita Ditangkap Khalwat Dengan Lelaki Lain Tapi Apa Yang Dilakukan Oleh Suaminya Amat Mengejutkan MEMALUKAN! Wanita Ditangkap Khalwat Dengan Lelaki Lain Tapi Apa Yang Dilakukan Oleh Suaminya Amat Mengejutkan Reviewed by Tular Lagi on 11:46 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.