Like us for get Notifications

Ayahnya Buta.....Kanak- Kanak 6 Tahun Ini Bawa Ayahnya Ke Tempat Kerja Menggunakan Sebatang Kayu



Manila: Kisah seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di Filipina yang membantu bapanya yang buta pergi ke tempat kerja hampir setiap hari mendapat liputan meluas media negara itu.
Dengan menggunakan sebatang kayu kanak-kanak berkenaan, Jenny membawa bapanya, Nelson Pepe bekerja di sebuah ladang kelapa di wilayah Leyte Selatan.
Pepe atau dikenali sebagai Dodong bekerja dengan mengambil upah memanjat pokok kelapa.
Seorang wanita, Rhuby Capunes merakam kehidupan dua beranak berkenaan yang hidup sederhana di wilayah terpencil berkenaan.
Video itu menunjukkan Dodong memegang sebatang kayu yang ditarik Jenny dari rumah mereka ke ladang kelapa berkenaan-HMO
Ayahnya Buta.....Kanak- Kanak 6 Tahun Ini Bawa Ayahnya Ke Tempat Kerja Menggunakan Sebatang Kayu Ayahnya Buta.....Kanak- Kanak 6 Tahun Ini Bawa Ayahnya Ke Tempat Kerja Menggunakan Sebatang Kayu Reviewed by Mad Pikghie on 8:23 PM Rating: 5
Powered by Blogger.