Pengalaman Ustazah Urus Jenazah Ibu Muda Hingga Anak Terkeluar Dari Rahim
Kuantan: “Menguruskan jenazah ibu muda berusia 19 tahun mangsa kemalangan sehingga anak dalam kandungan terkeluar dari rahim antara pengalaman sukar saya lupakan sepanjang 16 tahun menguruskan mayat.
“Tiga bulan saya tidak dapat lupa kejadian itu, saya bukan takut, tetapi terkejut melihat bayi yang cukup sifat itu secara tiba-tiba ‘muncul’ di sebelah ibunya ketika saya mencuci dada mayat yang hancur dilanggar lori.
“Saya tidak pasti bagaimana bayi itu boleh keluar sedangkan ibunya hanya cedera pada atas dada saja,” kata Norhayati Ibrahim, 57, menceritakan pengalaman dua tahun lalu itu.
Norhayati yang juga guru al-Quran di masjid Cendewasih, di sini, berkata sepanjang pembabitan menguruskan jenazah, dia berdepan pelbagai jenis mayat seperti mati lemas, penghidap HIV, H1N1, dibunuh malah ada yang tinggal rangka.
Katanya, lebih mencabar apabila berdepan mayat berbau, berulat dan hancur, ketika itu hanya kesabaran dan keikhlasan hati saja yang dapat menangkis dugaan berkenaan - HMO
Pengalaman Ustazah Urus Jenazah Ibu Muda Hingga Anak Terkeluar Dari Rahim
Reviewed by Tular Lagi
on
4:27 PM
Rating:
No comments: