Sedih...Anak Mangsa Nahas 7 Sekeluarga Enggan Tanggal Baju Dipakaikan Arwah Ibunya
GUA MUSANG: Muhammad Aqil Aliuddin Mohammad Amin Firdaus tidak langsung memanggil nama ibu bapanya seolah-olah memahami dia kini yatim piatu.
Dalam usia semuda tiga tahun, Aqil Aliuddin begitu matang dalam pemikirannya. Beliau seolah-olah mengerti apa yang menimpa kelurganya dalam kemalangan tragik 4 Julai lalu.
Aqil Aliuddin merupakan anak pasangan Allahyarham Mursyida Ahmad Latfi, 29 dan Mohamed Amin Firdaus Zakaria, 29, adalah mangsa tunggal yang terselamat dalam kemalangan yang mengorbankan tujuh sekeluarga, dua hari sebelum warga Islam di negara ini menyambut kedatangan Syawal.
Dalam kemalangan tragik itu, adiknya, Nurhana Jannati yang berusia lima bulan turut meninggal dunia.
Lebih menyayat hati apabila Aqil atau mesra disapa Abe Long tidak mahu ‘berpisah’ dengan baju yang dipakainya sewaktu kemalangan seolah-olah hendak melepaskan rindu terhadap keluarganya.
Ingin Aqil berbaju baharu sempena Hari Raya Aidilfitri, bapa saudaranya terpaksa bertindak menggunting baju berkenaan semalam.
"Cuma baju dia tak mahu pakai lagi, semalam suami saya terpaksa gunting baju yang dipakai dari hari kejadian sebab dia tak mahu tanggalkan.
"Baju itu kami gunting dan tanggalkan semasa dia tidur. Bila dia bangun dia sudah tidak mahu baju itu. Seluar pun dia tak izinkan kami tanggalkan, cuma masa nak tukar lampin, dia bagi juga," katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini hari ini.
Menurut ibu saudaranya Anis Arifah Ahmad Latfi, 25, anak saudaranya ini sudah mula menunjukkan perkembangan positif dan sudah mahu bercakap dengan ahli keluarga.
Ketika kunjungan Astro AWANI ke rumahnya di sini, kaki Abe Long masih lagi berbalut akibat keretakan susulan kemalangan tersebut.
Datuknya, Ahmad Latfi Mat bertekad memegang amanah menjaga cucu tunggalnya itu dan memastikan Aqil mendapat kasih sayang seperti yang diberi ibu bapanya.
"Kesanggupan saya dia anak yatim, kalau Allah bagi kesihatan (yang baik), saya boleh jaga dia … insyaAllah.
"Dia akan duduk rumah ini selagi dia tidak sembuh sepenuhnya. Saya tak akan hantar dia ke pusat penjagaan kecuali, sekolah dan tadika. Jabatan Kebajikan Masyrakat ada datang beri bantuan," katanya.
Sedih...Anak Mangsa Nahas 7 Sekeluarga Enggan Tanggal Baju Dipakaikan Arwah Ibunya
Reviewed by Tular Lagi
on
10:08 PM
Rating:
No comments: