Like us for get Notifications

Allahuakbar,Berlinang Air Mata Bila Dengar Ustaz Ni Baca Doa Untuk Ibu Dan Ayah

Bukannya tak selalu mengalirkan air mata jika imam atau ustaz membacakan doa. Tetapi lainnya perasaan tatkala mengaminkan bahkan mendengar satu-persatu bibit doa untuk ibu dan ayah dibacakan oleh Ustaz Mohammad Rozie Rejab dalam program agama Al-Kulliyyah di TV3. Merdu suara ustaz, menusuk kalbu. Sangat menyentuh hati dan perasaan sesiapa sahaja yang mendengarnya. 

Jika anda seorang ibu, pasti terus terbayang saat berjuang melahirkan anak. Begitu juga kita sebagai anak yang banyak dosanya terhadap ibu dan ayah. Besar pengorbanan mereka membesarkan kita. 

Mereka menatang kita dengan penuh kasih dan sayang. Namun, bagi mereka yang tidak menjenguk ibu dan ayah di kampung, baliklah menziarahi mereka. Gembirakan mereka selagi mereka masih ada. Belum kira lagi banyaknya dosa kita terhadap mereka. 

Sentiasalah sedekahkah doa buat ibu dan ayah kita. Seperti doa yang dikongsikan oleh ustaz ini. Jom, sama-sama kita dengarkan doa Ustaz Mohammad Rozie Rejab yang sangat mengusik jiwa. Mudah-mudahan doa ini mendapat rahmat dan dikabulkan oleh Allah SWT. Ameen.

Ia dikongsikan oleh HaMira FazReen di laman Facebook miliknya dan telah mendapat lebih 15 ribu perkongsian.






Allahuakbar,Berlinang Air Mata Bila Dengar Ustaz Ni Baca Doa Untuk Ibu Dan Ayah Allahuakbar,Berlinang Air Mata Bila Dengar Ustaz  Ni Baca Doa Untuk Ibu Dan Ayah Reviewed by Tular Lagi on 7:57 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.