Like us for get Notifications

Kubur Siap Dengan Batu Nisan,Lelaki Ini Disangka Aruah...Mengejutkan Tiba tiba Pulang Rumah


Yogyakarta: Penduduk sebuah kampung di sini kelmarin gempar selepas seorang lelaki yang dipercayai meninggal dunia lebih setahun lalu tiba-tiba muncul dan pulang semula ke rumah keluarganya.

Kepulangan Waluyo mengejutkan isteri, anak lelakinya serta penduduk kampung selepas lelaki itu dipercayai mati dalam satu kemalangan jalan raya pada Mei 2015.

Waluyo, 62, keluar dari rumahnya lebih setahun yang lalu dan tidak pernah menghubungi keluarganya kerana malu selepas gagal mencari pekerjaan.

Beberapa bulan selepas menghilangkan diri, keluarga Waluyo mendapat berita lelaki itu terbabit dalam satu kejadian langgar lari dan meninggal dunia.

Isterinya, Alim Eskatinah berkata, dia yakin mayat lelaki itu adalah Waluyo berdasarkan wajah dan bentuk badannya.

“Kubur lelaki itu yang siap dengan batu nisan dan diukir nama Waluyo masih utuh di sini.

“Apabila berita kepulangan Waluyo tersebar, ada penduduk yang melawat kubur itu untuk melihat sama ada ia berlubang atau tidak,” katanya.

Menurutnya, pada mulanya dia dan keluarganya ragu-ragu lelaki itu Waluyo, tetapi selepas bertanya beberapa soalan barulah mereka yakin.

Seorang jiran Alim, Yani memberitahu, dia menggigil ketakutan apabila melihat Waluyo mengetuk pintu rumahnya sambil memberi salam.

“Saya bersama penduduk lain melihat Waluyo dikebumikan dan secara tiba-tiba dia mengetuk pintu rumah saya,” jelasnya.

Berita kepulangan Waluyo menyebabkan ramai penduduk termasuk polis datang ke rumah lelaki itu untuk memastikan kesahihannya.

Ekoran kepulangan Waluyo itu polis kini terpaksa menyiasat misteri mangsa yang maut dalam kemalangan jalan raya berkenaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Kubur Siap Dengan Batu Nisan,Lelaki Ini Disangka Aruah...Mengejutkan Tiba tiba Pulang Rumah Kubur Siap Dengan Batu Nisan,Lelaki Ini Disangka Aruah...Mengejutkan Tiba tiba Pulang Rumah Reviewed by Tular Lagi on 8:31 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.