Jom Lihat Majlis Pernikahan Mewah Faizz Nur Selepas 3 minggu Kemalangan Duke
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Faizz Nur Adalah adik kepada mangsa
nahas kemalangan DUKE didakwa songlap dan pecah amanah duit sumbangan
orang awam berjumlah RM300,000.
Terdahulu, sumbangan RM300,000 hasil
derma kilat telah didermakan kepada Faizz Nur selaku adik kepada
Allahyarham selaku mandat untuk menjaga 2 anak kecil tersebut sehingga
dewasa.
Dikutip dari sumber Malvister.com kakak
kepada Faizz Nur iaitu Yusnida Husian, 48, yang mendakwa adik bongsunya
itu ‘pecah amanah’.
Ia susulan Faizz Nur gagal menyalurkan
wang sumbangan orang ramai berjumlah RM300,000 kepada dua anak perempuan
pasangan maut kemalangan Duke mei tahun lalu.
Selain itu, Faizz Nur juga gagal menjaga dua anak perempuan seperti yang dijanjikan sebaik kemalangan arwah abangnya di media.
Biodata Faizz Nur Adik Nahas DUKE Pecah Amanah RM300K
faiz-2
Nama Penuh: Muhammad Faizznur Asyraf Husain
Umur: 30 Tahun
Asal: Selangor
Profil Facebook: Faizz Nur
Kerjaya: Usahawan
Jawatan: Co-Founder Panca Sitara Cafe
Status Perkahwinan: Baru Berkahwin dan anak satu
Status Adik Beradik: Adik bongsu kepada Allahyarham Fairuz Hussein (Kemalangan Pajero di Lebuhraya DUKE Mei Tahun lalu)
Senarai Dakwaan Terhadap Faizz Nur
-Menaburkan janji manis untuk menjaga dua anak perempuan arwah abangnya namun gagal berbuat demikian.
-Mendakwa RM300,000 hasil derma kilat kemalangan arwah abangnya adalah miliknya sebab wang itu masuk ke akaun bank atas namanya.
-RM300,000 derma tersebut sepatutnya
digunakan untuk tujuan persekolahan dua anak perempuan abangnya namun
Faizz didakwa mengggunakan wang itu untuk kepentingan diri sendiri atau
kemewahan sendiri.
-Faizz Nur juga telah menyerahkan hak
jagaan 2 anak perempuan abangnya kepada kakaknya Yusnida sehingga kini.
Sepatutnya Faizz Nur yang diamanahkan untuk menjaga kedua beradik
tersebut.
-Yusnida mendakwa hanya RM12,000 disalurkan kepada 2 anak ini namun selebihnya daripada RM300,000 digunakan oleh Faizz.
-Untuk info terkini, selepas 3 Minggu
kemalangan maut melibatkan arwah abangnya pada Mei 2015 lalu. Faizz Nur
kini sudah berumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata.
Namun timbul persoalan apabila Faizz
Nur dalam bulan yang sama arwah abangnya meninggal telah melangsungkan
perkahwinan secara besar-besaran dan mewah. Difahamkan, hanya 3 minggu
sahaja Faizz Nur mampu membuat persiapan kahwin dengan cepat.
Timbul dakwaan dikalangan netizen adakah Faizz Nur menggunakan sebahagian wang derma RM300K untuk majlis perkahwinnya.
Sidang Media Yusnida Dakwa Faizz Nur Songlap RM300K & Insuran 50K
Menurut Yusnida, tujuan sidang media
diadakan adalah untuk menuntut hak bagi kedua-dua anak yatim piatu
tersebut yang dinafikan hak mereka oleh bapa saudara sendiri.
Tambah Yusnida lagi, dia menjaga kedua
beradik itu seminggu selepas kematian kedua ibu bapa mereka sehingga
sekarang. Selain itu, Faizznur langsung tidak memberikan wang sumbangan
orang ramai terhadap dua beradik itu sebaliknya mendakwa wang itu
merupakan miliknya memandangkan ia dimasukkan ke dalam akaun banknya.
Faizznur yang sebelum ini mewar-warkan
kepada pihak media bahawa dia bakal menjaga kedua-dua anak buahnya itu
langsung tidak menjaga mereka sebaliknya hal itu diserahkan bulat-bulat
kepada Yusnida sekeluarga. Menurut Yusnida, dua anak saudara dalam
jagaannya hanya menerima RM12,000 sahaja sedangkan jumlah sumbangan
orang ramai dianggarkan kira-kira RM300,000.
Faizz Nur telah pecah amanah kerana
tidak menjaga kedua beradik itu seperti yang dijanjikan. Wang derma
kilat RM300,000 sepatutnya digunakan untuk perbelanjaan dua beradik
tersebut tapi telah disalah gunakan.
Keluarga sebelah ibu (Nova Safitri)
telah membuat satu penipuan mengatakan mereka telah menjaga anak-anak
ini, pergi keluarkan duit insurans bapa mereka (Fairuz Nizam) bernilai
RM50,000. Seringgit tidak dihantar untuk anak-anak ini. Orang lain semua
ambil kesempatan, tak pernah jaga anak ni pun- luah Yusnid.-
sumber
Jom Lihat Majlis Pernikahan Mewah Faizz Nur Selepas 3 minggu Kemalangan Duke
Reviewed by Tular Lagi
on
8:49 PM
Rating:
No comments: