6 Solekan Seperti Ini Rupanya HARAM Untuk Perempuan, Tapi Ramai Yang Buat Tak Tahu !!!
Lumrah
buat wanita untuk kelihatan cantik dan bergaya baik didepan suami,
mahupun didepan orang ramai. Alatan solek dan produk-produk kosmetik
sudah sebati buat mereka. Maka tidak hairanlah jika wanita lebih banyak
menghabiskan wang daripada lelaki semata-mata ingin menjaga
penampilannya agar selalu cantik dan mempesona.
Namun,
harus diketahui bahawa tidak semua dandanan itu halal. Ada beberapa
cara berdandan wanita yang ternyata bertentangan dengan ajaran islam.
Contohnya
berdandan seperti wanita kafir yang tidak pernah solat berwudhu kerana
takut make upnya luntur terkena air. Ini sudah sangat salah, jadi sudah
jelas melanggar aturan islam.
Bagi
wanita muslimah, sebaiknya hati-hati ketika ingin berdandan. Kerana 6
dandanan seperti ini rupanya haram buat wanita muslim.
1. BERLEBIHAN DALAM BERHIAS
Dandan
yang diharamkan pertama adalah berlebihan dalam berhias, seperti
memakan banyak masa semasa mencari kosmetik atau perhiasaan yang
diinginkan. Lalu, juga menghabiskan banyak wang untuk membeli kosmetik
dan juga perhiasaan tersebut.
“Sesungguhnya pembaziran itu adalah amalan syaitan, mahkluk yang sangat ingkar kepada Tuhannya,” (QS. Al-Israa ayat 27).
2. MENGHABISKAN BANYAK MASA DIDEPAN CERMIN
Sesungguhnya
yang berlebih-lebihan itu sangatlah tidak baik. Menghabiskan banyak
masa bersolek didepan cermin dengan berbagai macam make up adalah cara
dandan yang haram untuk wanita muslim.
3. MENGUBAH CIPTAAN ALLAH
Ramai
wanita sekarang ini nak cantik, tapi sayangnya kecantikkannya itu
dilaknat. Bulu kening yang ciptakan Allah dicukur nipis, kemudian
diukir dengan pensel warna. Nak cakap kerja sendiri lagi cantik
berbanding Allah ke ?
Rasulullah
melaknat perempuan yg mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta
supaya dicukurkan bulu kening . ( Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud
Fi Fathil Bari )
4. MENYAMBUNG RAMBUT
Seterusnya,
berhias yang haram buat wanita adalah menyambung rambut. Menyambung
rambut diharamkan bagi wanita muslim kerana dapat membahayakan diri
mereka sendiri.
Rasulullah
SAW bersabda, “Allah melaknat wanita yang menyambung rambut dan meminta
disambungkan rambutnya.” (HR. Al-Jami’ ash-Shaghir).
5. BERDANDAN MENYERUPAI LAKI-LAKI
Berdandan
tidak hanya menggunakan kosmetik, juga menggunakan pakaian dan
perhiasaan. Wanita yang suka berdandan dengan menyerupai laki-laki
seperti menggunakan pakaian lelaki adalah haram hukumnya.
Rasulullah SAW bersabda, “Allah melaknat wanita yang menyerupai laki-laki.” (HR. Al-Jami ash-Shaghir).
6. MEMBUKA AURAT
Membuka
aurat adalah haram baginya baik laki-laki maupun perempuan. Aurat hanya
boleh dilihat oleh muhrimnya saja, selain itu dosa baginya.
Rasulullah
SAW bersabda, “Laki-laki tidak boleh melihat aurat laki-laki lain, dan
wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain,” (HR. Muslim).
Tidak
salah untuk kelihatan cantik, tetapi berpada-padalah dan ikutlah
syariat islam. Sudah jelas jika wanita yang berdandan secara berlebihan
itu sangatlah tidak baik dan bahkan berdosa. Jadi, jika anda seorang
wanita muslimah, sudah semestinya anda sedari hal ini untuk terhindar
dari perbuatan maksiat dan juga dosa kepada Allah.
6 Solekan Seperti Ini Rupanya HARAM Untuk Perempuan, Tapi Ramai Yang Buat Tak Tahu !!!
Reviewed by Tular Lagi
on
11:41 PM
Rating: 5
No comments: