Like us for get Notifications

Akaun facebook kena godam minta gambar payudara rakan-rakan di Facebook

SEGELINTIR rakan Facebook Puan Sha Rahman, yang merima mesej daripada akaunnya, meminta gambar payudara kononnya untuk pemeriksaan online, dengan dijanji habuan RM800 dan voucher untuk shopping serta handphone diminta jangan percaya atau terpedaya dengan mesej tersebut kerana akaun Facebook itu sebenarnya telah digodam.

Difahamkan individu yang menggodam akaun itu menghantar mesej lucah seperti itu kepada akaun-akaun yang telah bersambung sebagai rakan kepada akaun Facebook Puan Sha Rahman.



Ramai rakan-rakan yang menjadi mangsa telah berkongsi 'screenshot' perbualan dengan akaun yang telah digodam itu. Difahamkan akaun email, dan instagram milik Puan Sha Rahman turut berjaya digodam.

Lebih malang, ramai mangsa telah terpedaya dan bertindak menghantar gambar lucah kepada akaun tersebut.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh pemilik sebenar akaun Facebook Puan Sha Rahman, ramai rakan-rakan Facebook yang telah menghantar gambar lucah kepada akaunnya bertindak menghubungi beliau menyebabkan hidupnya rasa terganggu.



Beliau membuat laporan kerana bimbang terjadi sebarang perkara tidak diingini terhadap diri dan keluarganya di masa akan datang. — EdisiRakyat.com

Read more: http://www.edisirakyat.com/2016/11/akaun-facebook-kena-godam-minta-gambar.html#ixzz4PxtnqFxj
Akaun facebook kena godam minta gambar payudara rakan-rakan di Facebook Akaun facebook kena godam minta gambar payudara rakan-rakan di Facebook Reviewed by Mad Pikghie on 3:17 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.