''Kalaulah Lembu Dengan Aku, Lagi Sanggup Tidur Dengan lembu''- Isteri Diceraikan Kerana Gemuk Hodoh Tak Macam Bini Baru
Perkahwinan adalah satu sunnah yang
dituntut di dalam Islam. Selepas perkahwinan ada yang bahagia dan ada
yang lagi menderita. Kunci utama untuk menjamin kebahagiaan rumah tangga
adalah saling bertimbang rasa sesama pasangan serta restu dari
kedua-dua ibu bapa.
Rasulullah bersabda “Sesuatu yang
halal tetapi paling dibenci Allah adalah perceraian”. Jadi, di dalam
Islam sangat-sangat dibenci berlakunya penceraian.
Dalam artikel kali ini menarik untuk
saya berkongsi satu kisah seorang janda yang ditinggalkan suami kerana
selekeh dan tidak pandai melawa.
Baca kisah ini…
1. During hearing case (anak dia).
Saya kagum sangat, usia dah hampir separuh abad tetapi body macam anak
dara, bergaya, kulit mulis tegang. Setiap kali hadir ke mahkamah, bekas
suami pun tak pernah tak datang. Awalnya, saya tidak pernah menyangka
yang mereka sudah bercerai sebab bekas suami nampak sangat ambil berat
mengenainya.
2. Saya perasan kakak ini selalu saja
macam nak marah, buat tak tahu dan tak layan bekas suami dia (masa itu
tak tahu pun yang mereka sudah bercerai). Tetapi bila akak ini tengok
reaksi saya yang macam tertanya-tanya, kemudian dia pun jelas kan. “Puan
Nurul, jangan salah sangka. Akak dah lama bercerai,”
3. Alangkah terkejutnya saya. Betapa
bagusnya bekas suami dia sampai tak pernah tak datang tengok kes anak
dia. “Dah gila talak, nak buat macam mana? Biar dia rasa,”
4. Saya selalu puji yang akak ini
cantik, bergaya, lembut orangnya. Tetapi kenapa bercerai? The next
hearing date, selepas habis kes, kami pun turun ke kafe.
Bersembang-sembang sampailah ke bab peribadi. Dia bawa keluar satu
gambar lama dari dalam begnya. Terkejut saya melihat gambar dia dan
bekas suaminya. Hitam, gemuk, tak make up langsung, berkain batik,
selekeh, sementara itu lelaki yang berdiri di sebelahnya kelihatan agak
kacak.
6. 15 tahun, dia abadikan diri dengan
suami. Kerjaya sebagai jururawat terpaksa dilupakan kerana suami
mengarahkannya berhenti, duduk rumah dan jaga anak. Duit tak diberi,
suami beri cukup-cukup makan. Tak ada lebih langsung untuk beli baju
baru, alat solek atau untuk keluar berjalan-jalan. Duduk di rumah saja
menjaga anak. Suami pula sesuka hati keluar dengan kawan-kawannya. Dia
hanya mampu menahan sabar. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan 4 orang
anak. Setiap seorang umurnya selang setahun. Letihnya? Tuhan saja yang
tahu.
7. Suami mula berubah bila dia menjadi
gemuk. Bukan sengaja tetapi tiap-tiap tahun beranak, tak sempat nak
kurus, dah diusik. Nak keluar joging, tak ada orang nak tinggal jaga
anak. Nak beli ubat kurus, jamu semua bagai, duit tak ada. Nak melawa
pun duit tak ada.
8. Suami pula elok saja beli barang
baru, baju baru tetapi tak buat balik untuk isteri. Selepas suami naik
pangkat, mulalah menghina isteri.
“Awak duduk rumah, selekeh tak macam orang office saya,” bentaknya.
Suami mula membandingkan dia, hina tubuh badan dia dan sampai satu masa, berbulan-bulan dia tidak disentuh oleh suami.
9. Nekad mahu mengoda suaminya semula,
selepas melahirkan anak yang keempat, dia belajar menjahit. Bawa
keempat-empat anaknya ke balai raya pergi belajar menjahit. Suami nak
tolong? Haram! Mengutuk adalah. Selepas belajar menjahit, dia pula ambil
upah menjahit. Adalah duit sikit, bolehlah beli baju baru sehelai dua.
10. Dalam usaha nak memikat semula
hati suami, kantoi pula suaminya berkahwin dengan perempuan lain di
Thailand. Sedih tak terkata, terasa begitu hina dibuatnya. Sudahlah
nafkah kahwin culas, bukan kaya pun, nak beli baju kata tak ada duit
tapi boleh kahwin lagi seorang. Isteri baru bekerja satu pejabat
dengannya. Anak dara, cantik dan bergaya.
11. Dia redha dan cuba sedaya upaya
menyelamatkan perkahwinannya walaupun selepas itu suaminya sudah jarang
pulang ke rumah. Paling teruk bila madu dapat anak seorang. Nafkah
langsung tidak diberi. Dia terpaksa bekerja mengambil upah menjahit bagi
menyara anak-anak. Balik saja ke rumah, suami akan banding bezakan
dengan madu yang cantik, pandai jaga badan dan pandai segala serbi.
12. Sejak ada isteri baru, suami sudah
pandai naik tangan. Kadang-kadang suami bermalam di rumah dia, isteri
baru datang, suruh balik ke rumahnya. Suami akan balik dan tinggalkan
dia seorang diri. 10 tahun dimadukan dan itulah tempoh dia menghadap
perkara seperti ini.
13. Hari sebelum dia diceraikan,
mereka bergaduh tentang nafkah kewangan dan juga nafkah batin yang sudah
lama suami tidak tunaikan. Bila gaduh, ada tengking menengking dan dia
tidak tahan lalu meminta diceraikan. Masa itulah suami dia menghina.
“Kalaulah lembu dengan aku, lagi sanggup tidur dengan lembu!” Selepas
suami berkata seperti itu, Allah hadirkan perasaan benci yang teramat
sangat pada dia, sampai dia sudah tidak tahan lagi lalu meminta
diceraikan pada masa itu juga.
14. Suami dengan mudah menceraikan
dia. Selepas diceraikan, suami siap cakap, “Aku nak tengok sejauh mana
kau boleh pergi tanpa aku! Kalau nak aku rujuk balik, jangan lupa datang
ke rumah madu kau sebelum tampat tempoh iddah. Selepas dah tamat, aku
tak kuasa dah nak melayan rujuk dengan kau!”
15. Terasa terhina, dia tidak menoleh
ke belakang lagi. Angkat kaki dan balik ke kampung membina hidup baru.
Buka kedai jahit dan sekarang sudah ada ramai kakitangan. Rezeki semakin
banyak, duit banyak dan hidup bertambah tenang dan senang.
16. Selepas kehidupannya agak kaya,
madu pula tidak berpuas hati. Dipaksa juga bekas suami buat bisnes, buat
loan, buat bisnes kedai makan dan akhirnya lingkup. Sekarang,
menanggung hutang dengan bank. Dari memiliki kereta Harrier, sekarang
sudah downgrade ke Perodua Viva. Sekejap saja Allah nak tarik.
17. Selepas tiada suami yang bergaya,
melawa sebab tak ada siapa nak tanggung, ada duit sendiri, masa ada
suami macam mayat hidup, tiap-tiap tahun beranak. Yang jaganya dia
seorang, duit tak ada, suami nak belikan make up dan baju? Haram! Kahwin
lain adalah.
18. Sekarang dia sudah kurus dan
cantik. Duit banyak, giliran madu pula hidup susah main dengan anak-anak
kecil. Madu yang dulunya kurus sekarang sudah gemuk. Tambah pakej lagi
bila madu dia ini pandai menjawab. Kalau tak kena, habis pinggan mangkuk
dilempar.
19. Semasa saya menguruskan kes kakak
ini, hampir 3 tahun bekas suami cuba merujuk kembali dengannya. Caring
dan terlampau baik. Tetapi kakak ini, buat tak tahu dan tak nak melayan.
Suami dia, tunggu depan pintu, tunggu di tangga rumah, di mana-mana
nampak saja bekas suami macam orang tak betul, gila talak.
20. Sempat lagi kakak ini bergurau.
“Kakak ni termasuk dalam salah seorang
janda yang tiada suami baru pandai nak melawa. Orang asyik mengata kita
tak pandai nak jaga suami, suami lari baru nak bergaya. Tetapi orang
tak tahu kita jadi mayat hidup sebab ada suami yang tak guna.
“Miskin tetapi ada nafsu dan citarasa
tinggi tetapi tak menyumbang apa-apa kecuali air mani buat kita beranak
setiap tahun. Selepas itu bukannya nak berterima kasih, tetapi dijadikan
modal pula untuk menghina isteri. Baik hidup sendiri, ada duit sendiri
dan tak payah menanggung biawak di rumah.
“Dah ada yang baru, yang lama dibuang. Sekejap saja huru hara hidup. Biarkan dia rasa,” katanya membuatkan saya tergelak.
Semoga menjadi teladan buat semua.
Terkesan pada kata-katanya itu. Miskin tetapi nafsu dan cita rasa tinggi
tetapi tidak menyumbang apa-apa. Semoga suami kita, anak-anak kita,
saudara lelaki kita menjadi suami yang bertanggungjawab dan baik pada
isterinya.
Sumber : kaki share
''Kalaulah Lembu Dengan Aku, Lagi Sanggup Tidur Dengan lembu''- Isteri Diceraikan Kerana Gemuk Hodoh Tak Macam Bini Baru
Reviewed by Tular Lagi
on
2:58 PM
Rating:
No comments: