Like us for get Notifications

Mengesyaki Curang ...Lelaki Melayu 30an ini Tergamak Kurung dan Belasah Kekasih 17 tahun Lebih Kejam Apabila...



NUSAJAYA, JOHOR BAHRU - Hanya kerana disyaki mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain, seorang lelaki berusia lingkungan 30'an tergamak membelasah kekasihnya yang berusia 17 tahun, Sabtu lalu.

Bapa mangsa, Hashim Abdul Karim, hanya mengetahui kejadian yang menimpa anak gadisnya itu pada jam 2.30 pagi selepas menerima panggilan dari Balai Polis Skudai. 

Menurut laporan polis yang dibuat oleh abang mangsa, Saifuddin Hashim, adiknya  dibelasah teruk oleh teman lelakinya, Nehan bin Salim, kerana mengesyaki mangsa mempunyai lelaki lain sebelum mengurungnya di sebuah rumah di Jalan Tembaga Kuning 3, Taman Sri Skudai. 
"Semasa dalam perjalanan, adik saya beritahu bahawa lelaki itu mahu menjualnya dan membunuh salah seorang ahli keluarganya. Jadi saya buat laporan agar polis mengambil tindakan sewajarnya," katanya. 

Mangsa telah dibawa oleh ahli keluarganya ke Hospital Kulai untuk rawatan. 

Difahamkan, mangsa dikatakan tidak pulang ke rumah menyebabkan keluarganya risau dan tercari-cari sebelum dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa mangsa. Ahli keluarga juga pernah menasihati mangsa agar tidak bergaul dengan lelaki itu, malangnya tidak diendahkan.

Berikutan kejadian itu, kakak mangsa, Nurul Saiyidah memuat naik beberapa gambar kesan kecederaan pada mangsa seperti kedua-dua mata bengkak dan lebam serta luka di kepala sehingga terpaksa dijahit di laman Facebook dengan harapan netizen membantu mencari lelaki berkenaan untuk dikenakan tindakan undang-undang. - The Reporter
Mengesyaki Curang ...Lelaki Melayu 30an ini Tergamak Kurung dan Belasah Kekasih 17 tahun Lebih Kejam Apabila... Mengesyaki Curang ...Lelaki Melayu 30an ini Tergamak Kurung dan Belasah Kekasih 17 tahun Lebih Kejam Apabila... Reviewed by Tular Lagi on 12:36 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.