Like us for get Notifications

Mujur Sempat Diselamatkan Kalau Tidak Dah Jadi Lauk Kucing Ni

Bercampur baur dengan perasaan sedih dan marah, seorang wanita berjaya menyelamatkan dua ekor kucing dari menjadi santapan 2 orang warga Vietnam.

Pengguna laman sosial Facebook yang menggunakan nama Mizunieyta Izuha telah meluahkan rasa kecewanya terhadap manusia pemakan kucing yang ditemuinya itu.

Menurut katanya, sebelum ini, seorang tauke ayam selalu memberitahunya yang ada warga Vietnam selalu mengambil kucing di pasar berdekatan situ (Masai, Johor).

Untuk apa? Dibela, dijaga atau dirawat? Tak mungkin. Kemungkinan yang ada ialah untuk menjadi lauk makan mereka.

 
Kebetulan hari itu dia ternampak dua orang lelaki Vietnam, seorang sedang sibuk membuat panggilan dalam telefon, seorang lagi sedang mencekak leher seekor kucing.

Lalu Mizunieyta turun untuk bertanya tetapi ditanya kembali oleh salah seorang lelaki itu adakah dia pemandu Uber.

Di sebelah mereka terdapat sebuah kotak yang sudah rapi dibungkus menggunakan pita pelekat. Menyedari apa yang terkandung di dalamnya, wanita ini bertindak berani memarahi dua orang lelaki Vietnam tersebut yang hanya mendiamkan diri.

Terkilan dengan kelakuan mereka,Mizunieyta merampas kotak berkenaan dan kucing yang dipegang tadi lalu membawa keduanya masuk ke dalam keret dan dibawa balik.

Setelah dibuka, kotak yang langsung tiada lubang udara itu berisi seekor kucing yang mukanya sudah mahu lemas dek kerana sesak nafas.

Pilu bila mendengar kisah-kisah kucing yang menjadi mangsa, kalau bukan disebabkan kebuluran akibat dibuang, haiwan comel ini menjadi juadah mereka yang gemarkan daging kucing.

Tindakan wanita ini menyelamatkan haiwan berkenaan wajib dipuji. Janganlah anggap kucing sebagai bintang sahaja, sedangkan ia juga adalah makhluk Tuhan.

Antara komen-komen netizen tentang kejadian ini:


 
Sumber Foto: FB Mizunieyta Izuha

Jika tiba-tiba anda dihidangkan lauk yang mencurigakan, takut juga kalau termakan daging kucing. Ini bukan dongeng, ini realiti yang terjadi di dalam kehidupan di sekeliling kita. Jadi, sentiasalah berwaspada dan berhati-hati, okay?
Mujur Sempat Diselamatkan Kalau Tidak Dah Jadi Lauk Kucing Ni Mujur Sempat Diselamatkan Kalau Tidak Dah Jadi Lauk Kucing Ni Reviewed by Tular Lagi on 8:35 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.