Like us for get Notifications

Taska: Neraka Untuk Anak-Anak,Perkongsian Berdasarkan Pengalaman

Hi guys. Aku tak pernah confess apa2 lg dalam ni. Kiranya ni 1st time sbb aku terbaca satu confess pasal ada org kerja kat taska. Yes aku admit apa yg dia cakap mmg betul dan lebih kurang mcm cerita aku. Aku kerja taska ni masa aku habis spm, nak pengalaman kerja, so ada kawan mak offer jadi cikgu taska. Masa tu umur around 18-19.
Mula2 tu asyik fikir mcm mana nak handle budak2 ni. Mesti comel je. So itu lah kali pertama aku duk jauh ngan mak. Taska ni ada provide bilik untuk teacher tinggal kat situ. So the 1st day, budak2 datang. Aku pon nak gelar cikgu A jugak. Haha. Ada 4 cikgu. So cikgu A,B,C dan aku D. Pagi tu pukul 6 budak2 datang Cikgu A pasang surah sampai la semua budak dah datang, dorang beratur. Around 40-50 la aku rasa. semua tengok aku sbb aku cikgu baru. Lepas habis beratur masuk dalam, yg umur 4 dan 6 tahun belajar kat atas, 5 tahun kat bawah sebab dorang ramai.
Masa ni ramai budak2 suka duk sebelah aku. Dorang ckp teacher baik. So masa pon berlalu sampai waktu makan, masa mkn ni semua duduk dalam bulatan dan ada pinggan dan sudu. Oh ya, teacher di larang sama sekali makan makanan budak. Pelik kan? Nanti aku cerita.
Lepas makan aku kena sapu semua yg bersepah dan mop satu hall. Budak2 duduk kat tangga. Semua bersusun sampai atas dan ada cikgu B guide kat atas. Dan yeah masa ni la bermula, masa tu ada budak tengah main acah2 spiderman. Aku tengok je sambil mop. Tiba2 cikgu C amik rotan, aku ingat nak takutkan je. Sekali di libas nye badan budak tu. Tersentak budak tu sampai melompat. Then cikgu A datang sambil jerit kuat2, apa yang bising2 ni, sy dah suruh duduk diam kan? Kenapa tak paham bahasa sangat. Budak2 tu duduk mcm takut sangat. Budak yg kena pukul tu tak henti menangis. Sbb die kena rotan banyak kali kat kaki. Pastu cikgu C tolak dan tampar kepala dia. Budak tu masih taknak diam, apa bongok la pujuk budak nangis mcm tu. Yg paling aku sedih bila dia rentap budak yang nangis tu bawak masuk bilik bawah. Budak tu jerit taknak, taknak. Allahu, aku cakap kat cikgu A takpela biar sy pujuk. Pastu dia leh cakap, eh tak payahla nak tunjuk2 baik depan budak2 ni. Aku mcm oh eh? Sbb kan aku baru dan aku paling muda, aku diam. Dalam pada tu aku masih dengar tangisan seorang budak 5 tahun dalam bilik. Ya allah apa yg dia buat kat budak tu. Pastu cikgu C keluar bilik dan pantau budak kat tangga. Budak tu nama Aiman. Aiman masih lagi nangis dalam bilik. Then cikgu A cakap siapa main lagi, kena mcm aiman tu. Paham tak? Semua angguk dan cakap paham. Lepas mop dah kering budak2 bawak tilam dari atas turun bawah. Sekali ngan bantal selimut.
Dengan arahan cikgu A semua susun tilam. Dan dorang pon tidur. Masa ni dah pukul 12. Automatik semua tidur. Pelik kan? Aiman masih dalam bilik tp tak nangis dah. Aku nak tengok Aiman tp ada cikgu A kat situ. Aku ambil peluang untuk intai Aiman. Aku nak usap bahagian kena pukul tu, bila bukak pintu Aiman tengah tidur tersedu2 kat depan pintu. Sian dia.

After that dah bangun pukul 3, semua naik atas bergilir2 ambil wudhuk dan sembahyang zohor. Dan tunggu azan asar. Masa ni mmg best tengok budak kecik solat. Tapi yg paling buat sakit hati bila budak gerak sikit cikgu C datang pukul budak2 tu. Alahai gerak sikit je pon.
So itulah hari pertama aku dpt describe. Then bersambung hari seterusnya. Masa cikgu A masak, aku terrrrr lalu dapur, aku nampak dia tuang something dlm botol putih. Aku ingat mcm perencah ke apa kan. So aku buat bodoh je. Aku pegi tandas pastu keluar tandas, guess what apa aku nampak? Ubat batuk. Yea ubat batuk dia letak dalam masakan budak2. Aku mcm omg patutla budak2 tidur on time. Patutla cikgu dilarang makan makanan budak. Now i know. Kurang ajar. Dalam aku bebel dlm hati tu, tiba2 cikgu B turun tangga sambil pegang tangan sorang budak laki 6 tahun. dia tunjuk dpan budak 5 tahun, dia cakap ni aryan, aryan ni bodoh sebut R pon tak reti. Ya allah nak menangis sy tengok anak kecil tu dimalukan depan budak lain. Aryan menangis sebab kat atas tadi aku dengar suara dia bentak budak punya la kuat. Tingkap taska ni yg jenis tarik tutup tu. So tak dengar pon ko nak jerit kuat mana. Then dia tarik aryan masuk bilik kat bawah tu. Bilik bawah tu actually office owner. Tp owner takde, so dorang la guna. Aku taktau dia buat apa kat aryan. Aku hanya mampu duduk mcm bodoh je.
Taska ni takde cctv so aku takleh nak buat apa. Sbb takde bukti. Masa ni aku pakai samsung corby je weh. Nak rakam asyik full je. Lagi pon cikgu A tak bg aku pgg hp. Etika kerja katanya. Lol. Banyak lagi yg aku nampak, cikgu2 ni suka pukul kepala, cakap budak2 ni bodoh, pulau kan. Sampai aku rasa aku kejam sangat sbb biar. Aku pernah pujuk budak2 , tp aku kena marah dgn semua cikgu yg lain. Aku nak sangat owner taska ni tengok apa yg dorang buat kat budak2. Rupanya owner 2×5. Kawan mak pulak tu. Haish aku tak berani nak komen pape. Tapi aku harap, make sure if anak kita cerita apa yg jadi, please trust them. Just please. Pastu bila dorang da balik rumah please focus on them, jgn leka dgn fb. Tahu tak apa yg dorang dah lalui separuh hari kt taska tu?  mentally tortured. Trust me.
Btw kalau pagi2 anak datang sambil menangis, cikgu2 ni akan aim budak tu. Dan akan perli budak ni. Oh nangis ye depan mak kau, alahai manja sangat. Kau mengadu ye kat mak kau? So kau ingat mak kau boleh buat apa? Ha bodoh sambil tunjal kepala budak tu. Budak yg menangis ni mmg dorang dasyat sangat cara layanan. Tak bagi makan, tak bagi minum. Hmm dahla malas cerita sbb sedih bila teringat.
Umur aku pon dah 25 tahun ni. Ada anak 2, satu umur 3 tahun dan 1 tahun. Dah 4 kali tukar pengasuh, sbb aku boleh agak dari ekpresi muka anak yg pertama. Masa tu dia tak reti cakap lg. Tp aku dpt tgkap perubahan dia jd pendiam dan suka pandang sambil buat muka takut. Ok tu je nak cerita. Tq for reading guys.
– Wawa
Taska: Neraka Untuk Anak-Anak,Perkongsian Berdasarkan Pengalaman Taska: Neraka Untuk Anak-Anak,Perkongsian Berdasarkan Pengalaman Reviewed by Mad Pikghie on 8:38 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.