Like us for get Notifications

Kehabisan Minyak Antara Punca Pesawat Chapecoense Terhempas

Nahas Chapecoense: Pesawat dikatakan kehabisan minyak
Perakam data penerbangan yang ditemui
BOGOTA - COLOMBIA. Pesawat yang terhempas di Colombia meragut pemain pasukan bola sepak Brazil,  Chapecoense dikatakan telah kehabisan minyak, menurut rakaman audio yang bocor.
Memetik BBC News, juruterbang dirakamkan berulang kali meminta kebenaran untuk mendarat kerana kegagalan elektrik dan kekurangan bahan api
Hanya enam orang daripada 77 orang yang berada di dalam pesawat terselamat.


Perbualan bocor antara anak kapal dan pengawal trafik udara Colombia memberi gambaran saat-saat akhir pesawat malang tersebut.
Juruterbang pesawat berkenaan memberi amaran mengenai kegagalan elektrik dan kekurangan bahan api.
Sebelum rakaman berakhir, juruterbang memaklumkan pesawat terbang pada ketinggian 9,000 kaki.
Pesawat yang membawa pemain pasukan Chapecoense dalam perjalanan untuk beraksi pada perlawanan final di Medelin pada Rabu itu merempuh gunung.
Bagaimanapun mengapa pesawat itu kekurangan bahan api iaitu samada disebabkan oleh kebocoran atau bahan api tidak mencukupi ketika melakukan penerbangan tidak diketahui.
Penyiasat masih belum mengeluarkan sebarang punca utama nahas tersebut dan analisa penuh dijangka mengambil masa beberapa bulan. - Sinar Online
Kehabisan Minyak Antara Punca Pesawat Chapecoense Terhempas Kehabisan Minyak Antara Punca  Pesawat Chapecoense Terhempas Reviewed by Tular Lagi on 9:09 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.