KEPUTUSAN TERKINI Hukum Perlaburan ( ASN ) dan ( ASB ) Dan Seumpama
Setelah meneliti setiap pandangan
ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, maka Mesyuarat Jawatankuasa
Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M
bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan
Amanah Saham Nasional ( ASN ), Amanah Saham Bumiputera ( aSB ) dan Seumpamanya adalah
tidak halal kerana masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti
berikut:
a.Skim Amanah Saham Nasional (ASN)
dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB )
secara jelas terlibat dalam aktiviti
pelaburan yang bercampur-campur antara
patuh syariah dan tidak patuh
syariah sebahagian besarnya adalah daripada
sektor kewangan konvensional. Ini
berdasarkan hadis riwayat Jabir Al-Ja’fi
daripada Ibnu Mas’ud:
ما ا
جتمع الحلال والحرام إلاغلب الحرام
الحلال
Maksudnya : “ Tidak bercampur antara
yang halal dan yang haram, melainkan
mengalahkan yang haram atas yang
halal”
b.Skim Amanah Saham Nasional ( ASN )
dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB )
diklasifikasikan sebagai dana unit
amanah tidak patuh syariah oleh Majlis
Penasihat Syariah Suruhanjaya
Sekuriti kerana terlibat dalam pelaburan tidak
lulus syariah iaitu pelaburan dalam
kaunter perbankan konvensional
berteraskan faedah melalui Maybank
dan pasaran wang.
c.Sumbangan kepada tidak patuh
syariah adalah terbesar yang tidak bertepatan
dengan kehendak syarak serta kadar
yang berubah-ubah ini menyukarkan pelabur untuk membuat pembersihan terhadap
hasil dividen
(Sumber: muftiselangor)
KEPUTUSAN TERKINI Hukum Perlaburan ( ASN ) dan ( ASB ) Dan Seumpama
Reviewed by Tular Lagi
on
2:00 PM
Rating:
No comments: