Like us for get Notifications

Menawarkan Fungsi Menyunting Atau Menarik-Balik Mesej Yang Tersilap Hantar

Beberapa perkhidmatan permesejan sedia menawarkan fungsi menyunting atau menarik kembali mesej yang telah dihantar. Kini, WhatsApp turut dilihat sedang menguji fungsi yang lebih kurang sama, dan mungkin memperkenalkannya pada masa akan datang.
WhatsApp Revoke
Seperti biasa, fungsi ini hanya berfungsi sekiranya penerima belum melihat mesej berkenaan. Perkara ini mungkin berguna sekiranya anda tersalah hantar mesej kepada penerima lain – terutamanya senang berlaku ketika menggunakan WhatsApp Web. Daripada apa yang dipertontonkan, pengguna boleh tap seketika pada sesuatu mesej, dan memilih untuk menariknya kembali.
Selain daripada hanya teks, imej juga turut boleh ditarik-kembali sebelum seseorang penerima melihatnya.
Buat masa ini, ia tidak diketahui bilakah WhatsApp akan memperkenalkannya. Memandangkan mereka telah mula mengujinya, dan sekiranya ia berjalan lancar dan menerima maklumbalas positif, tidak mustahil untuk kita melihatnya diperkenalkan dalam beberapa bulan lagi.
Menawarkan Fungsi Menyunting Atau Menarik-Balik Mesej Yang Tersilap Hantar Menawarkan Fungsi Menyunting Atau Menarik-Balik Mesej Yang Tersilap Hantar Reviewed by Tular Lagi on 9:35 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.