Motor Tayar Pancit Budak 4 Tahun Maut Terpelanting Dilanggar Lari - Al Fatihah
PARIT BUNTAR - lagi nahas melibatkan kanak-kanak berusia empat tahun maut, manakala bapanya cedera dilanggar lari sebuah kenderaan tidak dikenal pasti sewaktu sedang menolak motosikal pancit di bahu jalan dalam kejadian di Jalan Titi Serong, Lapor Sinar Harian di sini malam semalam.
Mangsa, Nur Farisha Iman Mohd Rabu dari Kampung Parit Haji Wahab, di sini maut sewaktu menerima rawatan kecemasan di Hospital Parit Buntar setelah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala setelah dirempuh dari belakang.
Manakalanya bapanya, Mohd Rabu Mohd Rani, 45, mengalami kecederaan di betis kiri.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, dalam kejadian lingkungan jam 10 malam, bapa mangsa bersama isteri dan dua anak difahamkan sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dari Parit Buntar dengan menaiki motosikal jenis Modenas Kriss.
Menurutnya, setibanya di pekan Titi Serong, motosikal dinaiki empat beranak itu mengalami tayar pancit sebelum bapa mangsa menurunkan ibu bersama abang mangsa ke kawasan itu.
"Bapa mangsa kemudiannya menolak motosikal itu di bahu jalan bersama mangsa yang duduk di atas motosikal untuk pulang ke rumah mereka di Kampung Parit Haji Wahab.
"Kemudiannya, terdapat sebuah kenderaan tidak dikenal pasti bertindak merempuh motosikal yang dari belakang sehingga menyebabkan mangsa terpelanting ke bahu jalan.
"Kejadian itu turut menyebabkan bapa mangsa mengalami kecederaan dan mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Parit Buntar oleh orang awam untuk menerima rawatan kecemasan,"katanya dalam sidang media di bilik mesyuarat Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Kerian di sini hari ini.
Motor Tayar Pancit Budak 4 Tahun Maut Terpelanting Dilanggar Lari - Al Fatihah
Reviewed by Tular Lagi
on
3:51 PM
Rating:
No comments: