Like us for get Notifications

MPV Terbabas 6 Meninggal Dunia,Mohon Henti Sebar Gambar Menampakkan Mangsa - AL FATIHAH




MPV Terbabas 6 Meninggal Dunia,Mohon Henti Sebar Gambar Menampakkan Mangsa - AL FATIHAH

Chukai: Seorang lagi meninggal dunia di Hospital Kemaman malam ini, menjadikan jumlah korban kemalangan maut di Kilometer 288.6 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2), enam orang.

Petang tadi, tiga kanak-kanak, dua daripadanya perempuan serta seorang lelaki dan seorang wanita dewasa, dipercayai suami isteri, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas MPV Hyundai Starex dinaiki mereka yang dikatakan dari arah Kuantan menuju Kuala Terengganu, terbabas merempuh besi penghadang jalan sebelum menghentam tiang jejambat.

Difahamkan, mangsa terbaru yang disahkan meninggal dunia di hospital ialah isteri pemandu kenderaan itu.

Petang tadi, tiga kanak-kanak dengan dua daripadanya lelaki serta seorang lelaki dewasa serta seorang wanita dewasa dipercayai isteri pemandu yang cedera, dikejarkan ke Hospital Kemaman.

Jurucakap bomba berkata, kesemua mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital oleh orang ramai yang membantu di tempat kejadian.

Setakat ini belum dapat dipastikan berapa keluarga dalam MPV Hyundai Starex berkenaan serta identiti mangsa.

Difahamkan kenderaan dinaiki mangsa berkonvoi dengan beberapa kenderaan ahli keluarga mereka dan dipercayai tinggal di Shah Alam, Selangor. Mereka dalam perjalanan ke Kuala Terengganu selepas bercuti di Bukit Tinggi, Bentong.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, MPV berkenaan dikatakan dari arah Kuantan menuju Kuala Terengganu, terbabas dan merempuh besi penghadang jalan sebelum menghentam tiang jejambat

Menurut jurucakap polis, kejadian menyebabkan beberapa mangsa tercampak keluar dan lima mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Jurucakap itu berkata, identiti semua mangsa masih belum dapat dipastikan dan mayat dibawa ke Hospital Kemaman.
MPV Terbabas 6 Meninggal Dunia,Mohon Henti Sebar Gambar Menampakkan Mangsa - AL FATIHAH MPV Terbabas 6 Meninggal Dunia,Mohon Henti Sebar Gambar Menampakkan Mangsa - AL FATIHAH Reviewed by Tular Lagi on 10:01 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.