Like us for get Notifications

Pelakon Veteran Zakaria Yusof, Meninggal Dunia - Al Fatihah



Pelakon veteran, Zakaria Yusof, 65, meninggal dunia di HKL 6.45 pagi tadi akibat kompilasi jangkitan kuman paru-paru, buah pinggang & jantung

 KUALA LUMPUR: Pelakon veteran, Zakaria Yusof, 65, yang aktif membintangi drama Melayu pada era 1980-an, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), pagi tadi. Allahyarham Zakaria yang baru pulang daripada menunaikan ibadat umrah, Rabu lalu, meninggal dunia akibat kompilasi jangkitan kuman pada paru-paru, buah pinggang dan jantung, kira-kira 6.45 pagi. Allahyarham Zakaria menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri, Fatimah Ali, 65, dan empat orang anak. Menantu Allahyarham, Rashidah Mohd Yusof memberitahu BH Online, arwah mengadu sakit dada pada sebelah malam selepas tiba di rumah, Rabu lalu. "Arwah mengadu sesak nafas. Keluarga segera menghubungi ambulans dan menghantarnya ke HKL," katanya. Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran Taman Permata, Hulu Klang, sebentar lagi.- bH
Pelakon Veteran Zakaria Yusof, Meninggal Dunia - Al Fatihah Pelakon Veteran  Zakaria Yusof, Meninggal Dunia - Al Fatihah Reviewed by Tular Lagi on 10:47 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.