Like us for get Notifications

Selepas Ustaz Kazim Saman Ibu Pelajar Dan Wardina, Ini Pula Arahan Terbaru Mengejutkan Jabatan Peguam Negara Kepada Pihak Polis!!


KUALA LUMPUR, 28 Dis — Jabatan Peguam Negara mengarahkan polis Ipoh menyiasat semula kes pencabulan seksual di sekolah tahfiz milik penceramah terkenal Datuk Mohammad Kazim Elias.

Hampir empat bulan selepas selesai siasatan penuh, Jabatan Peguam Negara memberitahu Malay Mail Online pihaknya sudah memberi arahan melalui Unit Pendakwaan Perak.

Katanya jabatan itu sedang menunggu hasil siasatan lanjut sebelum memutuskan untuk membuat sebarang pendakwaan.

“Dimaklumkan bahawa jabatan ini sedang menunggu kertas siasatan tersebut untuk dirujuk ke ibu pejabat Jabatan Peguam Negara di Putrajaya setelah arahan untuk siasatan lanjut diberikan (melalui Pejabat Pendakwaan Negeri Perak),” kata jurucakap jabatan melalui emel semalam.

Difahamkan beberapa arahan juga sudah diberikan kepada jabatan pendakwaan negeri pada 9 Disember lalu. 




Setakat ini Malay Mail Online belum menerima respons daripada polis Ipoh walaupun hampir tiga minggu arahan baru itu dikeluarkan.










Sumber: MalayMail Online
Selepas Ustaz Kazim Saman Ibu Pelajar Dan Wardina, Ini Pula Arahan Terbaru Mengejutkan Jabatan Peguam Negara Kepada Pihak Polis!! Selepas Ustaz Kazim Saman Ibu Pelajar Dan Wardina, Ini Pula Arahan Terbaru Mengejutkan Jabatan Peguam Negara Kepada Pihak Polis!! Reviewed by Mad Pikghie on 10:00 AM Rating: 5
Powered by Blogger.